Kalau ada antara anda yang selalu mengikuti kisah hidup CEO Facebook, Mark Zurkerberg, pasti anda perasan tentang obsesi figura ini dengan t-shirt kelabu.
Mana taknya, hampir di setiap kemunculannya, dia pasti mengenakan pakaian tersebut.
Namun, pernahkah anda tertanya-tanya, mengapakah lelaki ke-16 terkaya dunia dengan harta berjumlah USD 33 bilion (RM 110.4 bilion) memilih untuk tampil terlalu santai dan sederhana?
Melalui satu sesi soal jawab di laman sosial Facebook, Zurkerberg mendedahkan yang dia tidak suka menghabiskan masa untuk memilih pakaian yang bakal dikenakan setiap hari.
Ujarnya, dia lebih gemar menghabiskan masa dengan aktiviti yang lebih berfaedah dari memikirkan tentang pakaian seperti orang lain.
Sempat bergurau, dia berkata, masyarakat tidak perlu risau akan tabiatnya itu kerana dia mempunyai koleksi t-shirt kelabu yang banyak dan menukarnya setiap hari.
“Saya perlu bersederhana dan membuat sedikit keputusan setiap hari, kecuali apabila saya memikirkan bagaimana memberikan khidmat terbaik kepada komuniti Facebook.”
Bukan sekadar itu, Zurkerberg juga berkata, dia merasakan memilih menu untuk bersarapan juga mengarut.
Ya, siapa sangka, Zurkerberg yang mampu memiliki hampir apa sahaja di dunia ini, memilih untuk tampil kasual.
– MYNEWSHUB.CC
0 comments:
Post a Comment