Responsive Banner design
Home » » Raja Azmi Dijangka Akan Bercerai Hari Ini

Raja Azmi Dijangka Akan Bercerai Hari Ini

Raja Azmi dijangka akan bercerai hari ini

Penerbit filem sensasi Raja Azmi Raja Sulaiman telah mengesahkan dia bakal bercerai dengan suaminya Mohd Eddie Ghazali di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, petang ini.
"Ya memang betul saya akan bercerai petang esok (hari ini). Saya minta maaf tak dapat nak komen lebih-lebih buat masa ini sebab saya perlu menghormati suami.
"Apa-apa pun, saya hanya akan berkongsi mengenainya selepas selesai semuanya," katanya kepada Harian Metro.
Menurut sumber, permohonan kes itu dikemukakan Raja Azmi menerusi peguamnya di mahkamah pagi semalam.
Raja Azmi dan suami mengambil keputusan untuk berpisah dipercayai kerana tiada persefahaman lagi, ditambah mereka sudah lagi tidak tinggal sebumbung sejak tiga bulan lalu.

0 comments:

Post a Comment

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates