Viral juga apabila Nora Danish berkongsi cerita mengenai anaknya Putra Rayqal Ramli yang meminta ibunya itu untuk berhenti berdiet untuk menambahkan berat badan dan secara spontan menyatakan juga hasratnya yang mahukan seorang adik.
“Dia ada suruh saya melahirkan seorang bayi, katanya dia mahu adik dan suruh saya gemuk dan tak perlu diet,” kata Nora menceritakan mengenai gelagat anaknya yang kini sudah berusia lima tahun.
Selain itu Nora juga turut memberitahu yang anaknnya itu sudahpun dihantar belajar di sebuah sekolah antarabangsa. Anaknya itu yang kini sudahpun memasuki darjah satu walaupun baru berusia 5 tahun.
“Rayqal masuk sekolah antarabangsa darjah 1. Mula-mula itu saya agak cuak kerana terlalu awal walaupun usianya baru sahaja lima tahun. “Tetapi tidak menjadi masalah untuk saya kerana apa yang diberikan oleh sekolah tersebut satu diari untuk ibu bapa memantau prestasi anak-anak setiap hari,” katanya memetik portal Rotikaya.
Apa-pun keadaan Nora harap-harap beliau cepat bertemu jodoh semoga hasrat anaknya itu untuk mempunyai seorang adik tercapai.
0 comments:
Post a Comment