“Semuanya Tak Kena” – Almy Nadia Tegur Sikap Peminat
Unknown
3:31 PM
No comments
PETALING JAYA – Pelakon Almy Nadia tidak senang dengan sikap sesetengah pihak yang gemar mempersoalkan saiz kandungannya yang kini berusia lima bulan.
Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, juga berasa bengang apabila timbul perbandingan badannya semakin berisi dan tidak seiring dengan usia kandungan berkenaan.
“Orang asyik tanya dan bercakap, kenapa perut saya besar? Kenapa saya gemuk? Anak kembar ke? Besarnya perut! Rasa nak marah saja, tetapi saya bersabar kerana kalau menjawab setiap persoalan itu, lebih banyak lagi soalan yang ditanya.
“Yang penting saya dan anak dalam kandungan sihat dan tidak perlu makan macam-macam ubat,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.
Selasa lalu, Almy telah menulis status di Instagram dengan meluahkan rasa kesal terhadap segelintir pengikutnya yang sering pertikaikan saiz tubuh badannya yang semakin membesar.
Almy turut menjelaskan dia kini sedang mengandung lima bulan yang menjadi penyebab badannya semakin berisi selain dia mempunyai rangka badan yang besar.
Sementara itu, Almy juga tidak faham apabila terdapat individu tertentu mengkritik soal pemakaiannya yang dianggap tidak sesuai bagi ibu mengandung.
“Semuanya tidak kena untuk mereka. Baju saya pakai pun orang nak buat penilaian dan kemudian saya dikritik kerana baju yang dipakai itu dianggap tidak sesuai.
“Dah kata mengandung, mestilah semua baju yang dipakai akan nampak ketat. Pening membaca komen-komen mereka yang tidak masuk akal,” ujarnya kecewa. – mStar Online
Menu :
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Beberapa tahun yang lepas berita mengenai bekas peserta Akademi Fantasia Musim Ketiga ini pernah menjadi perhatian ramai. Yang terba...
-
London: Pemain nombor 10 Brazil tidak akan lagi beraksi pada musim panas ini kerana berdepan retak tulang belakang ketika menentang Colomb...
-
Sekadar Gambar Hiasan SUDAH hampir setahun suaminya berkhidmat di sebuah negara di kutub utara. Tinggallah Zamira (bukan nama sebenar) ...
-
Secara jujurnya, Adeline atau pemilik nama penuh Adeline Tsen ini mengakui banyak berkawan dengan lelaki Melayu sejak menuntut di pusa...
-
Dia dilahirkan dengan kepala ke belakang, namun kecacatan berkenaan tidak menjadikan dunia Claudio Vieira de Oliveira, 37, tunggang terbal...





0 comments:
Post a Comment