Responsive Banner design
Home » , » Tragis. Bakal Bapa Bunuh Bayi Sendiri Di Majlis ‘Baby Shower’

Tragis. Bakal Bapa Bunuh Bayi Sendiri Di Majlis ‘Baby Shower’

Keriangan untuk menimang cahaya mata diragut serta merta apabila anak yang bakal lahir mati di tangan bapanya sendiri.
Tambah menyayat hati, kejadian berlaku pada hari majlis ‘baby shower’ diadakan bagi menyambut kelahiran bakal bayi tersebut.
Bapa yang bertanggung jawab menjadi ‘pembunuh’ bayi dan ibunya adalah Daniel Dutfield, 24, yang dijatuhi hukuman penjara 4 tahun setengah kerana memandu dalam keadaan mabuk hingga berlaku kemalangan yang meragut nyawa tunangnya, Jessica Fenner, 22, dan anak mereka yang sedang dikandungkan.
Bayi perempuan dalam kandungan yang dijangka lahir dalam masa tiga minggu disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital manakala Jessica mati keesokan harinya.
Daniel yang memandu kereta Ford Focus ketika kejadian mengaku bersalah dan menangis ketika hukuman dijatuhkan.
Insiden berlaku 5 Julai lalu di Morden, Surrey, Britain apabila Daniel yang sedang memandu dalam keadaan mabuk terlanggar Jessica yang kebetulan meninggalkan sebentar majlis baby shower yang berlangsung untuk keluar mencari Daniel.
Hakim Warwick McKinnon berkata, “Insiden ini benar-benar tragis. Semua orang setuju ini adalah kemalangan yang tidak disengajakan namun kamu memandu di kawasan perumahan dalam keadaan bahaya.
“Dan paling menyedihkan, kamu membunuh orang yang kamu cintai.”
Daniel turut didenda dan digantung lesen memandunya selama tujuh tahun. – MYNEWSHUB.CC

0 comments:

Post a Comment

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates