CAMERON HIGHLAND: Sekurang-kurangnya 20 buah rumah musnah dan beberapa biji kereta rosak setelah di badai banjir lumpur pada pukul 7 malam sebentar tadi.Dalam kejadian ini menyebabkan seorang budak dilaporkan lemas dihanyutkan air dan sekurang-kurangnya 2 orang cedera dan menurut sumber yang boleh di percayai hujan masih belum berhenti sehingga sekarang puKul 12.30 pagi.
Antara kawasan yang terlibat adalah beberapa tempat di sekitar pekan Ringlet, Kampung Baru Ringlet dan Kampung Ulu Merah di sini akibat limpahan Sungai Ringlet.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Lesley berkata, air lumpur hingga paras lutut bersama sampah sarap menghentam kawasan terjejas.
"Seorang rakan saya cedera dan terpaksa dibawa ambulans ke hospital bagi mendapatkan rawatan akibat kejadian itu.
"Selain itu beberapa kenderaan turut terjejas akibat hentaman banjir berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini malam ini
Gambar dari Metro Online
Sementara itu, Ketua Kampung Ringlet, Looi Chin Chin berkata, lebih 20 rumah terjejas berikutan kejadian itu.
Menurut jurucakap pihak bomba penyelamat selepas mendapat panggilan pihaknya terus bergegas untuk manjalankan operasi menyelamat.
Selain itu menurut pihak bomba kejadian tanah runtuh turut berlaku di kawasan berhampiran tempat kejadian iaitu Kuala Terla dimana tanah runtuh tersebut telah menimbus sebuah rumah kongsi yang di duduki warga asing menyebabkan seorang meninggal dunia.
Mangsa yang meninggal dunia adalah seorang warga Nepal dan seorang warga Indonesia cedera patah kaki.-Sumber
0 comments:
Post a Comment