Home »
GAMBAR
,
MACAM-MACAM
» Wanita China Buat Pembedahan Plastik Hadapi Kesukaran Di Lapangan Terbang
Wanita China Buat Pembedahan Plastik Hadapi Kesukaran Di Lapangan Terbang
Unknown
9:04 PM
No comments
WANITA China yang memasuki Korea Selatan dan melakukan pembedahan plastik untuk mengubah raut wajah menghadapi kesulitan untuk pulang ke negara mereka kerana tidak melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang.
Perkara itu berlaku kerana gambar pada pasport tidak lagi menyerupai wajah pemiliknya ketika membuat pemeriksaan di lapangan terbang sebelum dibenar meninggalkan Korea Selatan.
Rata-rata wanita China memasuki negara tersebut dan mengubah wajah secara keseluruhan termasuk memutihkan kulit, membesarkan kelopak mata supaya kelihatan lebih 'barat', membentuk semula bibir, meninggikan hidung dan memanjangkan dagu.
Perubahan secara 100 peratus pada wajah membuatkan wanita yang pulang ke China tidak lagi dikenali serta mudah untuk menjadi model dan sebagainya.
Berikutan kesulitan yang dialami oleh ramai wanita China di lapangan terbang, sesetengah hospital yang menjalankan pembedahan plastik mengeluarkan sijil pengesahan perubahan yang dilakukan.
Hasil kejayaan hospital-hospital di Korea Selatan mengubah wajah wanita, pembedahan plastik kini menjadi perniagaan utama dalam sektor kecantikan di negara itu.
Kebanyakkan pelanggan mereka adalah dari China - wanita yang ingin 'mencari' kehidupan lebih baik selepas pulang dengan raut wajah jelita serta muda.
Berikut merupakan wajah sebelum dan selepas pembedahan plastik oleh wanita China.- mStar Online
Menu :
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Secara jujurnya, Adeline atau pemilik nama penuh Adeline Tsen ini mengakui banyak berkawan dengan lelaki Melayu sejak menuntut di pusa...
-
Beberapa tahun yang lepas berita mengenai bekas peserta Akademi Fantasia Musim Ketiga ini pernah menjadi perhatian ramai. Yang terba...
-
London: Pemain nombor 10 Brazil tidak akan lagi beraksi pada musim panas ini kerana berdepan retak tulang belakang ketika menentang Colomb...
-
Dia dilahirkan dengan kepala ke belakang, namun kecacatan berkenaan tidak menjadikan dunia Claudio Vieira de Oliveira, 37, tunggang terbal...
-
Bila ada yang berkata ‘untuk apa pakai tudung tapi buat dosa maksiat’ maka ia adalah satu kenyataan salah. Ini kerana dosa melakukan...













0 comments:
Post a Comment