Mexico City: Seorang pelajar kejururawatan dibunuh dan kulitnya disiat selepas bercadang untuk mendedahkan perbuatan tidak senonoh bapa tirinya ke atas dirinya. Kassandra Bravo, 19, dilapor hilang awal bulan ini selepas tidak muncul untuk menjaga bayi di rumah rakan keluarganya.
Polis mengeluarkan notis orang hilang selepas menerima laporan daripada ibunya. Mayatnya ditemui dalam parit berhampiran jalan raya di Las Cocinas. Detektif yang menyiasat kes itu berkata, mulanya sukar untuk mengecam mayat Kassandra kerana kulit mukanya sudah disiat.
Hasil bedah siasat menunjukkan dia dicekik. Seorang rakannya memberitahu polis, Kassandra bercadang memberitahu ibunya Angela Bravo, 41, bahawa dia didera secara seksual sejak berumur 15 tahun. Bapa tiri mangsa, Daniel Murrieta Sianz, 42, mengaku mencekik dan membuang mayat mangsa, tetapi menolak dakwaan dia mendera atau menyiat kulitnya. - Agensi
0 comments:
Post a Comment