Berita terkini pelancong Malaysia dipukul di Vietnam. Gara-gara setitik nila rosak susu sebelangga antara pepatah yang boleh dikaitkan dengan insiden pergaduhan Malaysia vs Vietnam pada piala AFF Suzuki 7 Disember 2014. Sikap segilintir penyokong Harimau Malaya yang didalangi oleh kumpulan Inter Johor Firms (IJF) yang membawa ideologi “Hoologans (kegananasan)” telah mencemarkan perlawanan AFF Suzuki apabila bertindak memukul penyokong Vietnam susulan Malaysia tewas 2-1. Menerusi berita yang baru diterima dari Kelab Penyokong Malaya Tiger, seorang pelancong Malaysia dipukul pada awal pagi tadi di Vietnam susulan rakyat Vietnam tidak berpuas hati dengan sikap penyokong Harimau Malaya yang memukul rakyat mereka di Stadium Shah Alam. Pada masa yang sama, laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut digodam oleh penggodam Vietnam.
0 comments:
Post a Comment