Responsive Banner design
Home » » Pemuda Ajak Wanita Nama Sama Dengan Bekas Kekasih Melancong

Pemuda Ajak Wanita Nama Sama Dengan Bekas Kekasih Melancong


TORONTO - KANADA. Seorang pemuda, Jordon Axani, 28, akhirnya menemui calon paling sesuai untuk menggantikan tempat bekas kekasihnya untuk melancong keliling dunia, lapor Associated Press.

Bulan lalu, Jordon dikatakan menjadi tumpuan apabila menawarkan tiket melancong keliling dunia secara percuma kepada mana-mana wanita yang bernama Elizabeth Gallagher.

Jordon dan bekas kekasihnya itu telah menempah tiket tersebut pada Mei lalu namun hubungan mereka berakhir dan Jordon tidak mahu tiket tersebut tidak digunakan.

Tiket pelancongan itu mempunyai polisi ketat yang tidak membenarkan pertukaran namun memandangkan ketika membuat tempahan, maklumat pasport tidak dikehendaki, maka tiket tersebut sah untuk mana-mana rakyat Kanada bernama Elizabeth Gallagher.

Jordon memuat naik tawaran tersebut di laman sosial media popular, Reddit menerima ribuan e-mel termasuk 18 Elizabeth Gallaghers yang mempunyai pasport.

Akhirnya Jordon telah memilih pasangan melancongnya, Elizabeth Quinn Gallagher, 23, dari Cole Harbour, Nova Scotia, seorang pelajar yang bekerja separuh masa di sebuah pejabat.

“Perjalanan ini akan menjadi begitu hebat,” kata Jordon.

Sementara itu, menurut Elizabeth, keputusan pergi melancong dengan individu yang tidak dikenali adalah sesuatu yang ‘gila’ namun berjaya diatasi melalui perbualan telefon dengan Jordon.

“Sudah tentu ini sesuatu yang menyeramkan pada awalnya tapi sekarang saya dah bercakap dengan dia, ia lebih hebat,” katanya.

Meskipun sudah mempunyai teman lelaki, namun Elizabeth menganggap perjalanan tersebut atas dasar kawan.

Percutian itu dijadualkan Ahad ini bermula di New York kemudian ke Milan, Prague, Paris, Bangkok dan New Delhi sebelum berakhir di Toronto pada 12 Januari depan. -Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates