Kota Kinabalu: Terkejut melihat suaminya mati tergantung, seorang isteri bertindak menikam dirinya menggunakan pisau dan gunting di tubuh badannya dalam kejadian di Kampung Air, di sini, malam tadi.
Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, beberapa penghuni bersebelahan bilik mangsa bertindak menghalangnya sebelum membawa mangsa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, siasatan awal mendapati punca kejadian akibat masalah kewangan.
"Sebelum kejadian, mangsa dikatakan pergi ke tempat kerja isterinya lalu berlaku pertengkaran kerana suaminya pulang awal dari kerja dan tidak mengambil kerja lebih masa.
"Sebaik sahaja wanita tiba di bilik sewa mereka, dia terkejut apabila melihat suaminya mati dalam keadaan tergantung," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Menurutnya, wanita berusia 30 tahun berkenaan kini dirawat di HQE dan dilaporkan dalam keadaan stabil manakala suaminya berusia 24 tahun dibawa ke bilik forensik HQE untuk bedah siasat.
"Siasatan mendapati tiada sebarang kejadian jenayah berlaku di lokasi kejadian dan kes diklafikasikan sebagai mati mengejut," katanya. - Harian Metro
0 comments:
Post a Comment