Responsive Banner design
Home » , » Hukuman Penjara Kekal 5 Tahun, Anwar Cerca Hakim

Hukuman Penjara Kekal 5 Tahun, Anwar Cerca Hakim

 

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan sebentar tadi mengumumkan hukuman penjara 5 tahun ke atas penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan seperti diputuskan Mahkamah Rayuan, dikekalkan.

Pasukan pendakwaan sebelum ini memfailkan rayuan balas agar hukuman terhadap Anwar ditambah.
Tuduhan yang dikenakan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Keputusan tersebut disanggah Anwar apabila beliau menempelak hakim, “Yang arif boleh mengharumkan nama (dalam keputusan ini). Tetapi yang arif tetap memilih menyebelahi kegelapan.”

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel lima anggota terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff serta hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali kemudiannya meninggalkan tempat duduk apabila Anwar mula membangkitkan teori konspirasi politik, antaranya mendakwa mereka tunduk pada ‘tuan politik’. 


Hukuman yang dibacakan ini turut mencetus kekecohan dalam kalangan penyokong Anwar apabila mereka sepakat melaungkan takbir dan “reformasi” sekaligus menggamatkan dewan mahkamah.

Anwar dilihat memeluk penyokongnya sementara para hakim beredar. Di  luar mahkamah, keadaan dilaporkan tidak kurang ‘havoc’ dengan tingkah penyokong Anwar yang menjerit pelbagai slogan tanda membantah keputusan mahkamah.

Hal ini membuatkan pasukan pencegah rusuhan mula membunyikan loceng tanda bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

0 comments:

Post a Comment

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates