Kalau di
internet, nampak sahaja pasangan yang tidak seimbang sukatan kecantikan
dan ketampanan, pasti ada yang akan bermulut jahat buat macam-macam
spekulasi.
Begitulah yang terjadi kepada pemegang akaun Twitter @AdielaSafiYyani yang pada pandangan penulis memang cantik.
Dalam satu
tweet, dia bergambar dengan seorang lelaki yang agak kurus dan wajahnya
tidaklah tampan tetapi boleh tahanlah dengan begitu mesra sekali.
Seorang
pengguna Twitter lain yang kami rahsiakan akaunnya kemudian membuat
tweet dengan hashtag #TweetPenuhHasadDengki mengatakan bahawa lelaki
yang bergambar bersama Adiela itu adalah anak orang kaya.
“Ni mesti
lelaki tu kaya, takpun lelaki anak Tan Sri, Biasalah nak harta,” kata
pengguna Twitter berkenaan yang berjantina lelaki.
Jawapan daripada Adiela amat mengejutkan dan membuatkan pengguna tweet bermulut jahat itu terkedu.
“Minta maaf, ni
suami saya, dia kerja bawa lori je, bukan anak orang kaya, tak baik
sebar fitnah, tak kenal jangan teka-teka je,” kata si Adiela.
Memang pernah
kata orang, pasangan ni kena berbeza dari segi kecantikan, baru serasi.
Si isteri cantik, si suami kurang hensem, si suami hensem, si isteri
kurang cantik, barulah kekal, jika diizinkan Allah.
Apapun,
tindakan yang dilakukan Adiela memang matang dan tidak melenting biarpun
mengkritik dirinya seperti bermata duitan mengejar kekayaan dalam
mencari cinta.
Sebenarnya,
lelaki di Twitter tu cemburu kerana wanita sejelita Adiela sudah
berkahwin dan bertemu jodoh pula dengan seorang drebar lori.. dengar
cerita drebar lori pun masyukkk kan?
Di laman twitternya juga dimuatnaik beberapa keping gambar mesra Adiela dan suaminya yang memang nampak loving.
Semoga berbahagia kepada pasangan ini, dan kepada abang-abang lain tu, doakan sahaja mereka baik dalam melayari rumah tangga.
– MYNEWSHUB.CC
0 comments:
Post a Comment