INGAT lagi tak,
bulan lalu kami ada menyiarkan tentang pihak polis sedang menyiasat 10
gadis selebriti yang menjadi ‘Escort Girl’ dengan bayaran RM3,000 hingga
RM10,000?
Peliknya, tup-tup nama pelakon jelita, Tasha Shilla menjadi sebutan dan dikaitkan antara 10 gadis Escort Girl tersebut.
Apa lagi, menerusi siaran Melodi semalam pelakon drama ‘Nasuha’ ini nyata terkejut apabila ditanyakan perihal isu ini.
Menerusi temu
bual itu, Tasha memberitahu perkara ini telah mencemarkan namanya dan
dia tidak teragak-agak untuk menggunakan khidmat peguam dalam hal ini.
Yela, siapa yang tak bengang kan bila mendapat tuduhan melulu sebegini.
Tasha Shila
juga turut memohon agar semua pihak menghentikan menabur fitnah terhadap
dirinya kerana boleh mendatangkan dosa kering sahaja kepada mereka.
Ermm… Kami
sendiri tidak dapat memastikan kebenaran penglibatan Tasha Shila dalam
kes ini, tetapi jika difikir-fikirkan, “tiada angin takkan pokok boleh
bergoyang” kan?
Namun, Tasha menjawab dan menegaskan, “pokok pun boleh bergoyang kalau orang yang goyangkan”.
Haaa.. Dalam sungguh sindiran Tasha kepada pihak-pihak yang membuat fitnah kepadanya ini.
Apa pun, banyak-banyakkan bersabar la dik…. Kalau tak salah, buat apa nak takut. Ye dak?
– MYNEWSHUB.CC
0 comments:
Post a Comment