Angelina Jolie Inspirasi Kelly Osbourne Lakukan Pembedahan Ovari
Unknown
12:12 PM
No comments
PELAKON Kelly Osbourne menyatakan hasratnya mengikuti jejak Angelina Jolie menjalani pembedahan pembuangan ovari untuk menyelamatkan dirinya daripada dijangkiti sel kanser.
Kelly menyatakan hasrat tersebut kerana dia sedar tentang bahaya penyakit kanser terhadap kesihatan kerana ibunya juga merupakan seorang yang menghidap penyakit tersebut.
"Saya sebenarnya mempunyai genetik yang membawa penyakit kanser dan ibu menyuruh saya untuk melakukan pemeriksaan setelah dia mengetahui dirinya menghidap kanser serta kini dia sudah melakukan pembedahan ovari," katanya dengan nada sedih kepada Hollywoodlife.
Dia mengakui pembedahan yang dilakukan oleh Angelina Jolie merupakan satu pilihan yang tepat dan juga dapat merasai keputusan yang diambil untuk melepaskan aset berharga sebagai seorang wanita bukannya mudah dilakukan.
"Berjuang dengan penyakit kanser yang dialami bukannya sesuatu perkara mudah dan saya sangat menghargai keputusan dilakukan oleh Angelina Jolie kerana ia dapat memberi kesedaran kepada orang ramai tentang bahayanya penyakit ini," katanya. - mStar Online
Menu :
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Sekadar Gambar Hiasan SUDAH hampir setahun suaminya berkhidmat di sebuah negara di kutub utara. Tinggallah Zamira (bukan nama sebenar) ...
-
Tak tahulah sememangnya menjadi trend ataupun memang selebriti Hollywood ni tidak gemar memakai bra. Ataupun memang mereka sengaja nak m...
-
DALAM banyak-banyak lamaran, kami rasa ini antara lamaran yang paling unik. Lelaki dari Wilayah Hebei, China ini memilih untuk ...
-
Bila tamadun manusia meninggalkan sesuatu selepas kehidupan mereka untuk sekian lama, maka alam akan mengambil alih segalanya. Jom lihat 17 ...
-
PETALING JAYA: Pelakon Scha Al-Yahya berasa rimas dengan desakan pengikut Instagram yang memintanya memadam komen berunsur iklan yang ditul...





0 comments:
Post a Comment