Data CVR Dedah Aidana Terlibat Dalam Pengendalian Helikopter
Unknown
8:06 PM
No comments
KUALA LUMPUR: Data daripada alat perakam suara kokpit (CVR) menunjukkan wanita yang dikenal pasti sebagai teman kepada juruterbang helikopter malang itu turut terlibat dalam mengendalikan pesawat itu.
Pasukan penyiasat menemui maklumat baharu itu yang mengaitkan peranan Aidana Baizieva iaitu rakan kepada Kapten Clifford William Fournier dalam kejadian pada 4 April yang mengorbankan enam orang termasuk Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, lapor portal berita The New Straits Times.
“Tidak menjadi kesalahan untuk Fournier membawa teman dalam penerbangan itu atau duduk di sebelahnya. Namun, data menunjukkan Baizieva telah terlibat secara aktif dalam operasi pesawat.
“Ia tidak sepatutnya begitu,” lapor berita itu lagi yang memetik kata sumber.
Baizieva, 25, berasal dari Kyrgyztan, dilaporkan mengikuti latihan penerbangan dengan Fournier.
Selain Jamaluddin, Fournier dan Baizieva, nahas berkenaan turut mengorbankan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Seri Azlin Alias; Ketua Pegawai Eksekutif SP Baiduri, Datuk Tan Huat Seang; dan pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran.
Data CVR juga mendedahkan, tidak seorangpun daripada penumpang pesawat Dauphin AS365N2 itu berkata-kata dalam tempoh beberapa minit sebelum ia terhempas, sedangkan sebelumnya mereka rancak berbual sejak berlepas dari Kuantan.
“Hanya bunyi nafas yang terakam dalam CVR. Mereka yang berada di dalam pesawat bercakap tentang banyak perkara yang tidak relevan dengan siasatan, tetapi kemudian mereka senyap selama beberapa minit.
“Namun, janganlah ada spekulasi tentang perkara ini, mungkin keadaan senyap itu terjadi atas beberapa sebab lain, seperti penumpang keletihan,” kata sumber itu lagi.
Siasatan awal juga mendapati helikopter berkenaan terbang pada ketinggian 2,000 kaki di ruang udara Semenyih sebelum ia tiba-tiba menjunam dan semua saluran komunikasi terpadam.
Situasi itu dikatakan memberi petanda berlaku letupan di udara sebelum pesawat itu terhempas.
Sumber
Menu :
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Sekadar Gambar Hiasan SUDAH hampir setahun suaminya berkhidmat di sebuah negara di kutub utara. Tinggallah Zamira (bukan nama sebenar) ...
-
Tak tahulah sememangnya menjadi trend ataupun memang selebriti Hollywood ni tidak gemar memakai bra. Ataupun memang mereka sengaja nak m...
-
Bila tamadun manusia meninggalkan sesuatu selepas kehidupan mereka untuk sekian lama, maka alam akan mengambil alih segalanya. Jom lihat 17 ...
-
PETALING JAYA: Pelakon Scha Al-Yahya berasa rimas dengan desakan pengikut Instagram yang memintanya memadam komen berunsur iklan yang ditul...
-
Jika anda berkunjung ke gua Longyou di China, anda akan terkejut kerana gua ini mempunyai permukaan melengkung dan seni bina yang halu...





0 comments:
Post a Comment