KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan kerajaan pada 1 April lalu perlu dibatalkan.
Bekas perdana menteri itu berkata cukai jualan yang sedia ada sebelum ini sudah memadai dan tidak perlu ditambah dengan cukai baru yang boleh membebankan rakyat.
“Saya fikir batalkan sahajalah (GST). Dulu sudah adasale taxdah cukup, nak tambah sikit ok lah. “Tapi hendak perkenalkan sistem yang pegawai dia sendiri pun tak faham buat apa,” katanya menjawab soalan yang dibangkitkan ketika program Bicara Negarawan, hari ini.
Pada 1 April lalu, kerajaan melaksanakan GST selepas ia ditangguh sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu bagi menggantikan cukai jualan yang dikenakan selama ini.
Menerusi program Bicara Negarawan itu, Dr Mahathit terus membuat kritikan terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak dengan membangkitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu dan perkahwinan anak Najib yang menelan belanja yang besar.
“Siapa di sini ingat tentang perkahwinan anak saya empat orang tu? Siapa pun tidak tahu, pasal saya ini kedekut, tidak panggil banyak orang. Tak ada duit nak belanja.
“Ini bukan main. Perkahwinan abad ini (the marriage of century), bukan perkahwinan tahun ini,” katanya.
Selain itu, Dr Mahathir turut mempersoalkan tindakan Najib yang membawa kira-kira 300 orang ke majlis perkahwinan yang diadakan di Kazakhstan.
“Bila ke Kazakhstan dengan 300 orang tidak ada laporan media, biasalah media arus perdana tidak lapor benda itu.
“Tapi ada bertandang ke Kazakhstan kita tidak tahu, kenduri di Pekan kita tahu tapi di Kazakshtan ini siapa dia yang pergi ini?
“Benda macam ini tidak menjadikan seseorang sebagai seorang pemimpin,” katanya, lapor Astro Awani.
0 comments:
Post a Comment