Responsive Banner design
Home » » Hanez Kongis Saat Bahagia Bersama Anak Di Instagram

Hanez Kongis Saat Bahagia Bersama Anak Di Instagram

Untung buat Hanez Suraya kerana baru sahaja berkahwin sudah ada 2 orang anak malah yang lagi menarik, mereka semua sangat manja dengan Hanez. Dua orang anak hasil perkahwinan suaminya yang sebelum ini ternyata tidak menjadi penghalang kemesraan antara Hanez Suraya dan anak-anak tirinya.
Gambar dan juga kemanjaan anak-anak Romie ini dikongsikan bersama Hanez di akaun Instagram miliknya. Daripada gambar dan juga video itu juga, kami dapat rasakan anak-anak dan Hanez sangat serasi. Memang bahagia sangat-sangat.

Malah Hanez sendiri pernah mengakui sebelum ini untuk melupakan kisah lama dan mahu menjadi ibu yang baik serta isteri yang solehah kepada Romie. Selain itu, dalam masa yang sama, Romie juga tidak sabar untuk mendapatkan anak baru hasil perkahwinan dia dengan Hanez.
Kami yakin dan pasti, keadaan akan beransur pulih dan yang lebih penting, semoga ikatan rapat dan mesra antara Hanez Suraya dan anak-anak tirinya ini akan berkekalan sehingga bila-bila. Jika doa pasangan ini dimakbulkan, maka akan dapat adik perempuanlah anak-anak tiri Hanez nanti. Moga baik-baik saja semuanya. (rtky/s)

0 comments:

Post a Comment

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates