ORANG kata
kalau nak jadi ikon atau role model, seseorang itu perlulah terdiri
daripada kalangan individu yang cerdik pandai selain sentiasa peka
dengan isu-isu semasa tidak kira sama ada dalam mahupun luar negara.
Isu yang sedang
hangat di negara kita sekarang, pastinya berkaitan Cukai Barang dan
Perkhidmatan (GST) yang mula dilaksanakan sejak 1 April lalu.
Bagaimanapun
dua gadis manis yang terpilih menjadi finalis Dewi Remaja 2014/2015
anjuran sebuah majalah tempatan ini didapati tidak begitu bersedia
apabila ditanyakan mengenai isu ini, malah nama penuh GST pun
terkulat-kulat hendak menjawabnya.
Tak dinafikan
mereka-mereka yang terpilih sebagai calon akhir pertandingan lumba
kecantikan ini memang menawan belaka, tapi kecantikan seseorang itu
pasti lebih terserlah sekiranya seiring dengan kebijaksanaan.
Bak kata orang putih, beauty with brain gitu..
Apa pun mungkin juga dorang nervous kot, tu yang blank sekejap tak tahu nak jawab apa.
0 comments:
Post a Comment