Banyak cara yang boleh dilakukan untuk mempamerkan kemesraan anda bersama pasangan di media sosial seperti di Facebook atau di Instagram. Ada juga yang memuatnaik gambar bersama pasangan hanya kerana ingin membuatkan orang lain berasa cemburu. Namun pernahkah anda bayangkan jika orang yang usianya jauh lebih tua dari anda meniru semua ekspresi raut wajah dan gaya pose anda di dalam gambar yang anda muatnaik?
Kejadian yang unik ini dialami oleh seorang gadis dari Amerika, dimana gaya pose serta ekspresi wajahnya ditiru oleh ibunya yang tidak mahu kalah serta memuatnaik gambar tersebut ke laman sosial. Ibu ini meniru semula gaya pose puterinya yang baru saja menjalinkan hubungan bersama seorang jejaka bernama Johnny setelah kedua-dua mereka memuatnaik gambar tersebut di Twitter.
Gadis yang bernama Emily Musson ini selalu mempamerkan kemesraannya bersama Johnny di laman sosial. Pose kedua-dua beranak ini sangat mirip dan membuatkan si ibu seakan terkenang kembali nostalgia ketika berpacaran di usia muda dahulu.
Persamaan gambar ibu dan anak yang tampil serupa di laman sosial media lantas menjadi popular. Malah dalam waktu sehari, terdapat lebih dari 40 ribu pengguna Twitter melakukan “re-tweet” dan mendapat 56 ribu “favorite”. Emily mengaku amat terkejut kerana gambar kedua orang tuanya itu sudahpun menjadi viral.
Anehnya, Emily masih belum lagi membawa Johnny untuk berjumpa dengan kedua orang tuanya. Emily tidak terasa langsung dengan perbuatan kedua ibu-bapanya kerana dia selalu menjadi bahan gurauan mereka tetapi Emily terkejut kerana ayahnya yang sangat pemalu itu sanggup melakukan aksi demikian.
“Ayah saya sangat pemalu orangnya dan amat terkejut serta hairan mengapa tiba-tiba dia mahu tampil begitu,” ujar Emily.
Sumber dari www.mtv.com
0 comments:
Post a Comment