Responsive Banner design
Home » , , » Bekas Bapa Tiri Sedia Saman Jika Sufi Tak Minta Maaf

Bekas Bapa Tiri Sedia Saman Jika Sufi Tak Minta Maaf

BEKAS bapa tiri juara Akademi Fantasia 2015, Muhammad Arif Dolah mencabar Sufi Rashid untuk membuat permohonan maaf secara terbuka atau tertutup bagi membersihkan nama baiknya daripada fitnah yang telah dilemparkan Sufi mengenai gangguan seksual yang berlaku terhadapnya.
Menerusi sidang media yang diadakan semalam, Arif berkata, “Saya mungkin akan berlembut hati sekiranya dia meminta maaf secara terbuka atau pun secara tertutup terhadap kenyataan yang dibuatnya itu. Ataupun bakal berhadapan saman malu yang akan dihantar oleh peguam saya”.
Memetik Rotikaya, Arif berkata Sufi perlu menunjukkan bukti dan berlawan secara profesional sekiranya tuduhannya itu benar.
“Jika benar dakwaan yang dikatakan Sufi kepada saya, silalah kemukakan bukti yang kukuh dan kita berdepan dengan keadilan. Saya juga tidak faham kenapa dia tidak melaporkan pada pihak polis pada tahun 2011 memandangkan ibunya juga ada membuat laporan polis terhadap saya pada tahun yang sama di atas kes keganasan rumah tangga,” katanya lagi.
Arif sebelum ini didakwa atas kesalahan melakukan gangguan seksual terhadap penyanyi Indonesia di bawah pengurusannya iaitu Tegar sehingga memaksa Sufi tampil ke hadapan mengakui dirinya juga pernah menjadi mangsa gangguan seksual Arif. – MYNEWSHUB.CC

0 comments:

Post a Comment

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates