Rambut panjang memang cantik, tapi bila ia kering hah mula kembang macam singa! REMAJA percaya pasti ramai gadis yang mengalami masalah seperti ini bukan? Lepas tu mulalah rasa ‘down’ dan anti-sosial sebab malu dengan penampilan yang tidak terduga.
Relakslah, jangan panik dan terus rasa hilang keyakinan diri. Ada 4 cara yang sangat mudah untuk kamu atasi masalah rambut mengembang itu.
1- HINDARI MEMAKAI PENGERING RAMBUT
Selepas mandi, elakkan daripada menggunakan alat pengering rambut. Ini kerana ia akan lebih memburukan lagi keadaan rambut kamu. Sebaiknya biarkan rambut kamu itu kering dengan cara semulajadi. Untuk dapatkan rambut yang terurus sapukan serum rambut di rambut agar bila kering rambut kamu lebih lembut dan mudah di urus.
2- IKAT RAMBUT
Tak payah peningkan kepala, ikat sahaja rambut kamu itu dengan pelbagai jenis ikatan yang ada. Pasti orang keliling tidak akan sedar dengan masalah yang kamu hadapi. Tetapi ingat, pastikan ikatan kamu rapi dan terurus bukannya serabai kerana keadaan ini akan membuatkan rambut kamu lebih bermasalah dan semakin kusut.
3- BIARKAN RAMBUT BERURAI
Mengikat rambut dan memakai cekak boleh menyebabkan rambut kamu sukar bernafas. Malah ia juga akan menyebabkan rambut kamu mudah gugur dan terputus. Oleh itu biarkan rambut bebas dari sebarang ikatan dan terurai di atas bantal. Teknik ini akan mengurangkan masalah rambut kusut dan menjadi rapuh.
4- SIKAT RAMBUT
Jangan lupa sikat rambut menggunakan sikat yang sesuai. Elakkan daripada mengguna sikat yang bergigi rapat kerana ia akan menyebabkan rambut kamu mudah terputus dan lebih menyakitkan kulit kepala. Sebaiknya pakailah sikat bergigi jarang atau berus yang boleh membantu kamu menyelesaikan masalah rambut tidak terurus.
Sumber: Remaja
0 comments:
Post a Comment