Responsive Banner design
Home » » 4 CARA MENYELESAIKAN MASALAH BAJU BERBAU!

4 CARA MENYELESAIKAN MASALAH BAJU BERBAU!


Masalah ini selalu terjadi pada golongan bujang yang tinggal di rumah sewa. Tidak kiralah sama ada lelaki atau pun perempuan kedua-dua pasti mengalami masalah baju berbau betul tak ? Namun jangan panik ya,  ada cara untuk kamu tangani masalah seperti ini.

1. SEGERA GANTUNGKAN IA
Jika kamu tiada masa untuk membasuh semula, jangan campak atau kumpulkan di kawasan baju kotor. Ia akan mengeluarkan bau yang lebih busuk nanti. Sebaiknya gantungkan ia segera agar hari demi hari bau itu akan hilang.

2. JEMURKAN DI TENGAH PANAS
Punca utama baju berbau adalah kerana ada bahagian yang tidak kering dengan sempurna. Oleh itu jemurkan pakaian yang masih lembap itu di bawah terik matahari. Suhu yang panas dapat mengeringkan bahagian-bahagian yang bermasalah serta membunuh bakteria yang menyebabkan bau kurang enak.

3.  RENDAM SEMULA
Jalan paling senang rendamkan baju itu semula di dalam besen selema beberapa jam. Pastikan baju itu di rendam dengan sepenuhnya. Kemudian basuhlah seperti biasa dan jemur hingga kering sempurna.

4. GUNA SOFTENER BERBAU WANGI
Oh ya, sewaktu membasuh semula pakaian yang berbau itu, jangan lupa gunakan sabun dan pelembut pakaian yang berbau harum. Langkah ini dapat menghilangkan bau busuk dan membuatkan pakaian kamu berbau harum seperti kamu hantar ke dobi.

Sumber: Remaja

0 comments:

Post a Comment

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates