Responsive Banner design
Home » , » 5 Manfaat Buah Strawberi Untuk Kesihatan

5 Manfaat Buah Strawberi Untuk Kesihatan


Tak suka strawberi sebab terlalu masam ?

Okay, mulai sekarang kamu harus mula jadikan buah berwarna merah ini sebagai salah satu buah kegemaran kamu.  Ini kerana, buah yang menjadi simbolik untuk cameron highland ini mempunyai 1001 manfaat dalam mengekalkan kesihatan. Bukan setakat baik untuk badan malah mengekalkan kecantikan wajah juga.

Ayuh ketahui 5 manfaat buah strawberi.

✸ MENGHILANGKAN STRESS
Saat sedang tertekan dan bersedih, apa kata minum segelas jus strawberi seketika. Ini kerana, strawberi mampu merangsang pelepasan hormon serotonin yang boleh  meningkatkan perasaan gembira dan tenang.

✸ CERAHKAN WAJAH
Jangan panik saat kamu perasan kulit wajah mula kusam. Strawberi mampu mengurangkan masalah seperti ini. Caranya hiris buah sehingga halus kemudian tambahkan sedikit madu. Sebelum mengoleskan di wajah bersihkan wajah dengan gunakan air suam agar pori-pori terbuka. Setelah kering, sapukan masker strawberi itu dan biarkan selama 20 minit. Lalu cuci wajah dengan menggunakan air bersih.

✸ MENINGKATKAN DAYA INGATAN
Menurut kajian Dr. Elizabeth Devore dari Brigham and Women’s Hospital, strawberi mempunyai kandungan flavonoid yang mampu menyimpan memori di dalam otak. Kandungan masam  folat dalam buah ini dapat meningkatkan daya ingatan, konsentrasi, serta kemampuan otak untuk memproses informasi.

✸ MENJAGA KESIHATAN RAMBUT
Jika rambut kamu sering terdedah di bawah terik sinar matahari atau sering di racuni dengan pewarna-pewarna rambut, masker rambut daripada buah strawberi ini sangat sesuai untuk kamu! Cara buatnya mudah sahaja, campurkan 10 biji strawberi yang telah di potong halus dan di campur dengan tiga sudu yogurt asli. Kamu boleh campurkan sedikit kapsul serum vitamin E jika mahu dan kacau sehingga sebati. Usapkan masker ini di kulit kepala dan rambut urut perlahan selama 5-10 minit lalu bungkuskan rambut  dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu bilas sehingga bersih. Lakukan seminggu sekali.

✸ MENCEGAH PEMBENTUKAN PLAK
Strawberi mengandungi bahan pemanis semulajadi iaitu xylitol dan polifenol yang boleh menghalang aktiviti pembentukan plak di gigi. Oleh itu, kamu dapat mengatasi masalah gigi berlubang, karang gigi serta masalah radang gusi.

0 comments:

Post a Comment

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates