1-      KAMU LEBIH MEMIKIRKAN MASA DEPAN
Nampaknya kini kamu lebih serious melakukan pekerjaan. Bila di tanya mengapa pasti kamu akan menjawab “demi masa depan” itu bermaksud kamu sudah mula berfikiran matang. Kamu sanggup berpenat lelah semata-mata ingin bersenang di masa hadapan bersama pasangan. It’s good!

2-      MENJADI SEORANG YANG SANGAT PENYABAR
Tidak kira besar mana dugaan yang mendatang, kamu tetap bersabar dan tidak cepat melatah. Kamu sentiasa berfikiran positif, malah kamu juga sering mengingatkan diri segala apa yang terjadi pasti ada hikmahnya.

3-      TIDAK MENGONGKONG PASANGAN
Jika dahulu kamu sering mengongkong pasangan kamu, kini kamu lebih bersikap ‘fleksible’  dan lebih memahami. Bagi kamu ‘mengongkong’ itu bukanlah sesuatu yang mendatangkan kebahagiaan tetapi sebaliknya.

4-      BANYAK BEKORBAN DEMI PASANGAN
Dahulu pasangan kamu banyak bekorban untuk kamu, kini kamu sudah mula lakukan pengorbanan yang sama sepertinya. Lebih menarik, tidak pernah sekali pun kamu mengungkit dan cuba membandingkan pengorbanan kamu dengannya. Paling penting bagi kamu adalah keikhlasan ketika melakukannya.

5-      SANGGUP MELEPASKANNYA
Walaupun berat dan sukar untuk kamu teruskan hidup tanpa dirinya. Asalkan demi kebahagiaannya kamu gagahkan diri dan sanggup biarkan si dia kejar apa yang dia mahukan. Walaupun hati terluka kamu tetap pejamkan mata.

6-      SENTIASA PERCAYA JODOH ITU ‘RAHSIA’ PENCIPTA
Tanpa ragu-ragu kamu percaya dan yakin dengan cinta si dia. Bukan apa, kamu berpegang dengan ungkapan ‘jodoh itu rahsia Allah’. Malah kamu juga yakin, kalau dia benar-benar jodoh kamu lakukanlah apa sahaja pasti si dia akan tetap di takdirkan bersama kamu.

7-      LEBIH BANYAK TERSENYUM DARI MENANGIS
Bila si dia ‘terlukakan’ hati kamu, tanpa mengalirkan air mata kamu tetap bersabar dan bertahan dengan hubungan. Bagi kamu segalanya hanya dugaan hidup untuk mengukur dan menguji ketahanan hubungan kamu berdua. Bagi kamu air mata itu terlalu berharga untuk di titiskan maka kamu lebih memilih tersenyum berbanding menangis bila sedang di uji. -remaja