Memikat hati orang umpama kita memancing. Perlu gunakan umpan yang betul untuk mendapat habuannya. Tak perlu bersusah payah dan peningkan kepala mencuri hati lelaki idaman kamu. Ikut sahaja cara untuk memikat hatinya dalam masa 2 minggu.
❥ SENTIASA BERTANYA KHABAR
Tunjukan padanya bertapa kamu mengambil berat tentang dirinya. Sentiasa bertanya khabar setiap kali ingin memulakan perbualan dan tiada salahnya kamu tanya bagaimana hari-harinya sebelum ini. Dari sini si dia dapat mengagak kamu ingin dekatinya dengan cara ‘slow and steady’.
❥ BERCERITA BERBANDING BERTANYA
Jangan biarkan perbualan kamu berdua hanya berdasarkan soalan demi soalan seperti “you dah makan ? makan apa tadi ?”. Pekara ini akan membuatkan si jejaka rasa jangal dan tidak selesa. Malah ia akan membosankan. Sebaliknya, gunakan teknik bercerita padanya seperti “you tau tadi I makan nasi lemak, seriously nasik lemak tu sedap!”. Teknik ini akan membuatkan si dia lebih memberi perhatian pada kamu.
❥ BELIKAN SI DIA CENDERA HATI
Jika dalam masa terdekat kamu akan keluar Negara jangan lupa belikan cenderahati untuknya. Trik ini bukan bermaksud kamu ‘membeli’ hatinya tetapi inilah strategi untuk kamu membuatkan si dia teringat-ingatkan tentang kamu. Mana tidaknya, bila si dia tengok barang pemberian kamu itu pasti si dia akan teringatkan tentang kamu bukan ?
❥ TINGGALKAN PESANAN RINGKAS PADANYA
Tak kira sama ada dia balas atau tidak, apa kata sebelum tidur tinggalkan satu SMS ringkas padanya. Katakana bertapa gembiranya kamu mengenali si dia atau ucap sahaja selamat malam dan semoga mimpi indah padanya. Sebaik si dia terjaga pasti si dia akan terharu dengan tindakan kamu selepas itu pasti si dia akan hubungi kamu.
❥ JADI PERAMAH
Lelaki memang suka perempuan yang peramah dan mudah bergaul. Oleh itu, apa kata pikat hatinya dengan mengenali semua rakan-rakannya. Jika kamu boleh terima sahabatnya si dia tidak akan teragak-agak untuk dekati kamu dan pergi ke satu level yang serius.
❥ JANGAN LOKEK KETAWA
Ketawa dan membuat si dia ketawa adalah kunci kebahagiaan kamu berdua. Jangan lokek untuk menghiburkan hatinya. Tiada salahnya kadang kala kamu merepek dan bercakap nakal dengannya. Taktik kamu ini pasti akan membuatkan si dia geram tetapi dalam masa yang sama tercuit dengan kenakalan kamu yang suka menyakatnya itu.
Sumber: remaja
0 comments:
Post a Comment