Berikut kejayaan mencatat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini, pelakon Rozita Che Wan bakal menghadiahkan sebuah kereta mewah, BMW X6 kepada anak sulungnya, Ammar Effendy.
Menurut Che Ta, anaknya memang mengimpikan kereta jenis itu dan dengan keputusan cemerlang yang diperoleh dalam peperiksaan SPM, tentunya ini masa terbaik untuk Che Ta memberikan ganjaran tersebut kepada anaknya.
Namun, Amar perlu menunggu untuk beberapa ketika kerana Che Ta mahu menyelesaikan urusan pembelian kereta untuk dirinya terlebih dahulu. - MH
0 comments:
Post a Comment