Responsive Banner design
Home » » COKLAT UNTUK CANTIK..!!

COKLAT UNTUK CANTIK..!!


Spa coklat

Di sebalik kelazatan rasa coklat yang dimakan sehingga menjilat jari atau dijadikan minuman, ia turut menyimpan rahsia tersendiri bagi menambah kecantikan serta kejelitaan wajah. Coklat kaya dengan vitamin A dan E, ia juga sangat berguna untuk membantu memulihkan sel kulit mati, mengembalikan keanjalan dan melembutkan kulit. Rawatan wajah menggunakan coklat masih asing berbanding, lazimnya menggunakan produk berasaskan rumusan bahan semula jadi seperti buah-buahan, bunga-bungaan, herba dan rempah-ratus.
Bagaimanapun dengan pelbagai khasiat yang terkandung dalam coklat ini memberi idea pengusaha pusat dan spa kecantikan menggunakannya sebagai kaedah alternatif merawat muka dan badan, selain ia turut dirumus sebagai losyen dan kosmetik. Antara manfaat lain spa coklat ialah sebagai ejen anti penuaan, menghalang radikal bebas dan aroma mampu menenangkan minda. Justeru, ingin mencari kelainan dalam rawatan kecantikan, mengilhamkan Nurhazlin Jamingin, 27, memperkenalkan perkhidmatan spa coklat yang unik, di Airellyn Beauty Studio miliknya yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
Nurhazlin atau lebih senang disapa Hazlin, berkata butik kecantikan yang diusahakan sejak setahun lalu itu semakin mendapat sambutan menggalakkan kerana menyediakan kelainan bagi rawatan wajah. Katanya, semuanya bermula ketika beliau menaiki kapal pelayaran ke Pulau Pinang yang ditawarkan dengan rawatan spa coklat.
“Ia serasi dengan saya dan menjadikan kulit halus serta lembut. Ini memberikan idea kepada saya menambah produk kecantikan di butik menerusi coklat. Jika perkhidmatan ditawarkan dalam kapal pelayaran itu hanya rawatan lulur, saya memberi inovasi dengan menghasilkan rawatan wajah dan menyental badan menggunakan coklat,” katanya ditemui, baru-baru ini.

Hazlin yang terbabit dalam dunia kecantikan pada tahun 2009, percaya pelanggan mahukan sesuatu yang berbeza dan sebagai pengusaha kecantikan, beliau perlu peka dengan perkembangan dan teknologi baharu dalam kecantikan.


Sumber: Berita Harian

0 comments:

Post a Comment

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates