Seekor lembu berkaki lima dipuja di India selepas dipercayai mampu memberikan
nasib baik. Lembu berusia empat tahun milik Laxman Bhosale,
35, itu sentiasa dihujani pengunjung yang ingin melihat sendiri lembu tersebut.
Oleh sebab terlalu ramai yang berkunjung ke
rumahnya yang terletak di Solapur, Maharastra termasuk dari daerah yang jauh,
Laxman mengambil keputusan untuk melakukan ‘tour’ bersama lembu berkaki limanya
itu di ke seluruh India sejak Julai tahun lalu. Setakat ini, Laxman sudah menjelajah enam negeri
dan 15 bandar sekitar India bersama lembunya.
Menurut Laxman, dia percaya lembu dengan lebihan
kaki miliknya merupakan kurniaan tuhan jadi dia bertugas untuk memanjangkan
kurniaan itu kepada seberapa ramai orang yang mampu. Menerusi cara itu katanya, dia membantu mereka
yang mempunyai impian tertentu untuk mencapai impian tersebut dengan cara
menyentuh kaki kelima yang tumbuh di leher lembunya.
Lembu sememangnya mendapat kedudukan yang tinggi
dalam agama Hindu di mana layanan ke atas lembu disamakan dengan layanan
terhadap ibu kandung sendiri. Tidak hairanlah, lembu dilindungi oleh
undang-undang India membuatkan penyembelihan lembu ditegah di kebanyakan tempat
di negara tersebut.
Sumber: BBC
0 comments:
Post a Comment