Khabar
keretakan rumah tangga pelakon Fiza Halim dan penyanyi Adam AF
akhirnya terjawab apabila kes permohonan cerai pasangan itu bakal
disebut di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Isnin depan.
Menurut
sumber, Fiza sudah memfailkan permohonan cerainya di mahkamah
berkenaan pada minggu lalu dipercayai kerana kurang persefahaman
dalam perkahwinan.
Cubaan
Harian Metro mendapatkan penjelasan lanjut daripada Adam dan FIza
gagal berikutan kedua-duanya tidak dapat dihubungi selepas mereka
dipercayai mematikan telefon bimbit masing-masing.
Harian Metro hari ini melaporkan Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, memberi bayangan menerusi luahan di Instagram semalam mengenai rumah tangga mereka yang bergolak.
Harian Metro hari ini melaporkan Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, memberi bayangan menerusi luahan di Instagram semalam mengenai rumah tangga mereka yang bergolak.
Sebaliknya,
Adam atau Mohd Aizam Mat Saman, 31, mengaku bahawa rumah tangga
mereka berada dalam keadaan baik tetapi enggan mengulas lanjut.
Adam dan Fiza bernikah pada 26 September tahun lalu selepas dua bulan berkenalan. -myMetro
0 comments:
Post a Comment