Afiq anggap konflik dengan ibu suatu ujian, rancang tunai umrah bersama
apabila hubungan pulih. Pelakon yang pernah mendapat jolokan ‘anak
derhaka’ ekoran krisis yang dihadapi dengan ibunya, Afiq Muiz, 21, mengaku
dirinya sudah insaf.
Afiq berkata, hubungannya dengan ibu, Hasliza Mohamad, 48, kembali jernih, awal tahun ini. Menurut jejaka ini, berikutan krisis itu, beliau kenal siapa kawan dan lawannya.
Namun,
Afiq enggan mengaitkan individu tertentu sebagai punca krisis yang hangat
diperkatakan pertengahan tahun lalu itu. Sebaliknya, beliau menganggap
segala-galanya berpunca daripada masalah dalaman keluarga.
Afiq menyifatkan hubungan dengan ibu yang sudah kembali jernih sebagai hidayah yang diturunkan kepadanya. Biarpun dikecam hebat masyarakat, hatinya tidak sedikitpun terguris. Sebaliknya, jejaka ini berterima kasih kepada peminat kerana menyedarkan dirinya daripada terus lalai.
“Setiap manusia melakukan kesilapan. Saya anggap kemelut antara saya dan ummi sebagai suatu ujian. Saya tidak pernah menyesali apa yang berlaku, sebaliknya bersyukur kerana cemuhan dari masyarakat itulah yang menyedarkan saya.
“Kesedaran untuk berbaik dengan ummi timbul disebabkan peminat. Mereka yang sentiasa menasihati dan mendorong saya supaya berbaik dengan ummi. Lagipun, takkanlah selama-lamanya saya mahu memusuhi ibu sendiri.
“Saya juga bersyukur kerana diberikan hidayah ini,” katanya yang tidak bimbang populariti merudum gara-gara kontroversi itu. Sumber
0 comments:
Post a Comment