Teknik pembedahan kosmetik untuk memulihkan selaput dara
menerusi kaedah tampalan atau istilah perubatannya ‘hymenoplasti’ makin
popular di ibu kota, terutama dalam kalangan gadis terlanjur, wanita berduit
dan golongan kenamaan.
Golongan terbabit berbuat demikian dengan memberi alasan
tersendiri. Gadis terlanjur lazimnya untuk mengaburi bakal suami menjelang
malam pertama perkahwinan, manakala wanita yang lama berkahwin pula bagi
memuaskan hati suami.
Dari segi perubatan ia bukan kesalahan tetapi bagi wanita
Islam, kaedah itu haram kerana menipu bakal suami selain pembaziran bagi yang
berkahwin. Hymenoplasti ialah pembedahan kosmetik bagi membina
semula selaput dara selepas yang lama terkoyak akibat hubungan seks kali
pertama, kecederaan ketika bersukan, terjatuh, senaman ekstrem atau onani
dengan memasukkan objek keras.
Pembedahan itu membabitkan penampalan membran baru pada
bahagian luar alat kelamin wanita dan mampu berfungsi seperti selaput dara
asli.
Sumber: myMetro
0 comments:
Post a Comment