Wanita dan kecantikan mustahil dapat
dipisahkan apatah lagi kepada golongan artis dan selebriti. Ada sanggup
berbelanja besar untuk tampil anggun dan bergaya. Sebagai individu yang tergolong
dalam kelompok menjadi perhatian ramai, memang agak jarang melihat artis muncul
tanpa mekap, apatah lagi dengan penampilan wajah asli. Namun di persada industri hiburan tanah air kini senario sudah
berubah apabila kebanyakan bintang baru terutama yang berwajah ‘Pan-Asia’ tetap
tampil menawan walaupun tanpa secalit mekap. Bagaimanapun, tidak terkecuali
artis yang dilahirkan tanpa ‘darah campuran’ seperti Erin Malek dan Wawa Zainal
yang tetap muncul anggun walaupun tidak bersolek. Justeru, ikuti paparan menarik
yang berkongsi beberapa amalan penjagaan kecantikan oleh 10 artis paling jelita masa kini yang berusia di bawah usia 30
tahun.
Elfira Loy
Sejak kecil Elfira Loy atau nama sebenarnya,
Nur Elfira Loy Ahmad Sabri suka bersolek. Antara amalannya untuk menjaga
kecantikan, dia mesti mencuci muka setiap hari dan menjaga pemakanan hariannya. “Dalam sebulan saya akan ke sebuah premis kecantikan di Sungei
Wang, Bukit Bintang untuk menjalani proses mencuci muka yang kosnya RM50 saja.
Saya bukan jenis orang yang sanggup mengeluarkan belanja besar untuk
mencantikkan wajah. Cukuplah, sekadar sekali dalam sebulan saja. Untuk jagaan kulit badan dia mengamalkan petua keluarga
turun-temurun daripada datuknya iaitu menggunakan hampas kelapa untuk mencuci
dan membuang daki pada badan. “Hampas kelapa sebenarnya berminyak dan senang
menanggalkan daki. Saya juga tidak berminat memutihkan kulit badan. Bagi saya,
cukuplah kulit sekadar nampak lembap setiap masa,” katanya.
Izara Aishah
Izara Aishah Hisham pula hanya mencuci muka
dua kali sehari iaitu sebelum dan selepas bangun tidur. Akuinya, sikap tidak selalu bermekap dan dia selesa berada di
tempat awam tanpa solekan. “Saya bersyukur tidak mempunyai masalah kulit
muka. Namun saya tak boleh makan kacang kerana cepat naik jerawat dan saya juga
tak jaga makan. Saya makan apa saja yang dihidangkan,” katanya. Berdarah kacukan Melayu dan Pakistan di sebelah ibunya, Izara yang
dikenali ramai menerusi drama seperti Vanila Coklat, Keranamu Laila dan Naziha
itu adalah pemenang tempat kedua Dewi Remaja 2009/2010.
Anzalna Nasir
Berperwatakan lembut, pelakon meningkat naik
Nur Anzalna Md Nasir ini juga memiliki wajah yang menawan. Apatah lagi, jika
dia tampil menggayakan gaun labuh dan pendek. Anzalna yang bakatnya dicungkil
menerusi pencarian Dewi Remaja 2010/2011 itu, turut dikenali ramai menerusi
lakonan berkesannya dalam drama Adam dan Hawa bersama Aaron Aziz dan Nadiya
Nisaa.
Nur Fathia
Rahsia penjagaan kulit pelakon utama drama
Diandra, Nur Fathia Abdul Latiff pula dia mengamalkan pengambilan makanan
tambahan dikenali sebagai ‘Kekcolly’ yang juga produk kesihatan dari Korea
Selatan. Fathia pernah mengalami masalah kulit kusam
apabila tidak bermekap dulu dan kini dia sudah menemui jalan penyelesaian. “Saya bukanlah orang yang taksub pada produk makanan kesihatan.
Namun, saya tertarik untuk mencuba produk dari Korea itu kerana dihasilkan
daripada bahan semula jadi yang selamat. “Saya selidik dulu penghasilan
produk itu sebelum membuat keputusan mencuba. Nampaknya, percubaan saya
berbaloi kerana produk itu sesuai dengan saya. Selain itu, saya juga pastikan
dapat tidur yang cukup. “Selain itu, saya amalkan penggunaan produk
pelindung sinaran matahari setiap kali keluar rumah dan ketika berada di lokasi
penggambaran serta membasuh muka setiap hari,” katanya. Ujarnya, masalah kulit mudah berlaku apabila sering terdedah
dengan sinaran matahari yang terik. Ia sama sekali boleh merosak kulit dan
cepat nampak tua. Fathia yang berdarah kacukan Melayu dan Arab lebih selesa
memilih produk dihasilkan dari Jepun dan Korea kerana mereka menggunakan
teknologi terkini dan bahan organik.
Neelofa
Berdarah kacukan Melayu, Pakistan dan Arab,
tak dinafikan Neelofa juga amat jelita. Justeru, tidak hairan apabila pemilik
nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor ini berjaya menjadi juara Dewi Remaja
2010/2011. Memiliki bakat besar dalam bidang seni,
Neelofa yang pernah membintangi filem Azura 2012 dan Hantu Kapcai itu, kini
lebih aktif mengacara program TV seperti Nona dan Meletop.
Kilafairy
Memiliki bibir paling seksi dan menawan,
pelakon dan penyanyi, Kilafairy juga tidak mengenakan solekan di wajahnya.
Bahkan, gadis manis ini bijak dalam penampilan. Kilafairy atau nama sebenarnya,
Syakila Nisha Jahangir Khan yang juga anak bongsu kepada penyanyi terkenal,
Rohana Jalil berjaya membina namanya sendiri tanpa terus dibayangi kehebatan
ibunya.
Emma Maembong
Pemilik nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail
atau mesra dengan sapaan Emma Maembong ini juga berada dalam kelompok artis
yang tetap kelihatan jelita walaupun tanpa mekap. Berdarah kacukan Melayu dan
Scotland daripada ibunya, Emma juga dilihat sering tampil dengan solekan nipis
ketika menghadiri majlis hiburan. Bukan sekadar pelakon, Emma
yang turut aktif sebagai model iklan ini pernah membintangi drama seperti Kau
Yang Terindah, Cinta Itu Milikku dan Kampung Girl. Emma juga pernah menjadi
finalis Artis Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012
(ABPBH2012).
Tasha Shilla
Kehebatan Tasha Shila atau nama sebenarnya,
Natashasheila Abd Razak dalam lakonan sudahpun dibuktikan oleh artis yang
memiliki mata paling cantik ini. Pernah membintangi filem Ratu
The Movie, drama seperti Epilog Cinta Khirana dan Rindu Bertamu Di Abu Dhabi,
Tasha sudah merangkul anugerah Artis Baru Wanita Popular ABPBH 2011 dan
Anugerah Heroin Baru Terhebat di Anugerah Blockbuster 2012.
Nelydia Senrose
Kematangan wajah pelakon remaja Nelydia
Senrose tak boleh dinafikan. Apatah lagi, Nelydia juga kini menjalin hubungan
cinta dengan lelaki matang, Qi Razali, 35. Masih lagi melanjutkan
pengajian dalam bidang psikologi, pemilik nama sebenar Nik Zaris Nelydia
Senrose Nik Sen ini yang berdarah campuran Melayu dan Siam cukup dikenali
peminat menerusi drama Setia Hujung Nyawa dan terkini, Bukan Kerana Aku Tak
Cinta yang diadaptasi daripada novel.
Wawa Zainal
Berstatus isteri menghalang pelakon Wawa
Zainal untuk memastikan kulit wajahnya yang jelita sentiasa terpelihara. Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin mengamalkan minum
banyak air suam serta mengelak daripada makan kacang kerana mudah tumbuh
jerawat. “Saya jaga kulit muka biasa-biasa saja. Saya
juga pakai ‘mask’ (topeng muka) setiap dua minggu sekali,” katanya. Menurut anak jati Sabah yang pernah muncul dalam filem 99 Kali
Rindu dan Budak Pailang itu, dia juga tak lupa membasuh mukanya dua kali dalam
sehari. Mengakui dia turut menitikberatkan penjagaan
makanan yang baik dan berkhasiat- Sumber
0 comments:
Post a Comment