INDONG (kanan) menunjukkan kain yang dijadikan tali untuk mengikat
jenazah manakala pembantunya Siti Nor menunjukkan air mandian yang ditadah di
dalam jag.
Air mayat yang kotor dan berkuman itu
digunakan semula sebagai air mandi kononnya untuk menghilangkan rindu kepada si
mati, merawat kanak-kanak yang terkena badi mayat, sebagai air penerang hati
dan mengubat ketagihan dadah.
Malah, ada juga yang meminta tali pengikat
kain kafan dan sarung tangan digunakan tukang mandi mayat untuk membersihkan
dubur si mati dengan alasan dibuat ubat.
Tukang mandi jenazah wanita, Indong Awang, 66, yang berpengalaman selama
17 tahun dalam bidang itu, berkata, ada juga individu yang percaya air mandi
mayat mampu menyembuhkan penyakit AIDS.
“Perbuatan khurafat ini sudah lama berlarutan dan masih berlaku
sekarang, menyebabkan kami serba salah. Ini kerana apabila kami menolak
permintaan mereka, ada yang marah dan ada juga berkeras melakukannya sendiri,”
katanya.
Sumber: hm
0 comments:
Post a Comment