Gambar Google
Gadis yang di hormati adalah gadis yang bercita-cita tinggi dan mempunyai azam kehidupan. Tidak perlu impian yang tinggi menggunung asalkan segala impian yang kamu impikan itu tercapai dengan jayanya.
▲ YAKIN DENGAN KECANTIKAN YANG DI MILIKI
Tak perlu memakai make up tebal-tebal untuk nampak cantik.
Yakinlah dengan kecantikan semulajadi yang kamu miliki. Malah, gadis seperti
ini mempunyai daya kecantikan mereka yang tersendiri.
▲ TIDAK REBUT HAK ORANG
Walaupun si dia suka seseorang atau sesuatu, si dia tidak akan
sesekali cuba merampas hak orang lain. Ini kerana, gadis seperti ini masih
menghormati perasaan serta hak orang lain.
▲ BIJAK MENGATUR PERCAKAPAN
Tak perlu guna perkataan yang kasar dan kesat. Gadis yang cantik
di luar-dalam memang bijak mengatur segala percakapan. Apa sahaja ayat yang di
keluarkannya mampu membuatkan orang ramai hormat dan mempercayainya.
▲ TIDAK BERGANTUNG PADA LELAKI
Gadis yang benar-benar kuat tidak akan bergantung hidup dengan
lelaki. Ini bukan bermaksud si dia anti lelaki, tetapi ini adalah salah satu
cara membuktikan si dia benar-benar mencintai dirinya dan yakin dengan
kemampuan diri sendiri.
▲ MEMENTINGKAN ORANG KELILING
Paling penting, gadis yang benar-benar mempunyai perwatakan cantik
ini tidak mementingkan kebahagiaan dirinya sahaja malah dia juga akan
mementingkan perasaan orang di sekelilingnya. Paling dasyat dia akan sanggup
berkorban demi orang yang di sayanginya.
▲ BERFIKIRAN TERBUKA
Fikirannya sentiasa terbuka luas dan boleh menerima ideologi orang
lain. Pekara ini membuktikan gadis ini tidak selfish dan over confident.
Individu seperti ini sangat mudah di dekati dan selesa di dampingi.
▲ AURA POSITIF
Sesiapa sahaja yang mendekati gadis seperti pasti akan gembira dan
seronok. Bukan kerana pakaiannya serta penampilannya yang super stylo tetapi
kerana aura positif yang si dia bawa bersama sepanjang hidupnya.
▲ SUKAR DI GANTI
Kewujudannya sangat sukar untuk di tukar ganti. Gadis seperti ini
mempunyai karakternya yang tersendiri. Malah dia juga di kenali dengan
identitinya yang sangat sinonim dengan namanya. Jadi tidak hairan mengapa gadis
cantik ini sering di beri perhatian.
▲ PANDAI SIMPAN RAHSIA
Perempuan sangat sinonim dengan ‘mulut tempayan’. Ceritalah apa
sahaja rahsia pada mereka baik kecil mahupun besar memang jangan harap mereka
akan simpan sebaikbnya. Cuma, jika si dia benar-benar gadis yang ‘berkualiti’
dia bijak menyimpan rahsia dan tidak mudah bercerita tentang orang lain.
Sumber- Remaja
0 comments:
Post a Comment