Bertudung bukanlah alasan untuk kamu tidak menitik berat tentang
penjagaan rambut. Malah, bertudung juga bukanlah punca utama mengapa rambut
kamu tidak sihat. Pokok pangkalnya ialah cara penjagaan dan bagaimana kamu
merawat rambut kamu memainkan peranan penting dalam memastikan rambut sihat dan
bermaya.
Jom lihat, apakah langkah yang betul untuk memastikan rambut kuat
dan sihat.
☂ KERINGKAN
RAMBUT
Selepas mandi, pastikan kamu keringkan dahulu rambut yang basah.
Pastikan ia benar-benar kering kerana rambut yang basah kemudian di sarungkan
dengan tudung boleh menyebabkan rambut kamu berkelimumur, lembap dan berbau.
☂ PILIH
JENIS TUDUNG
Jika kamu seorang yang kuat berpeluh, pastikan kamu memilih kain
yang mempunyai fungsi menyerap peluh seperti kain cotton. Paling penting kain
yang kamu pakai haruslah selesa dan bersih.
☂ JANGAN
IKAT RAMBUT TERLALU KETAT
Bagi gadis yang mempunyai rambut yang panjang pastikan kamu
mengikat rambut menggunakan getah rambut yang betul. Elakan daripada mengguna
getah sayur dan jangan mengikatnya dengan terlalu ketat juga kerana ia akan
menyebabkan rambut kamu gugur dan lama kelamaan rambut semakin menipis
☂ TUKAR ANAK
TUDUNG
Jangan tunggu sehingga anak tudung berbau baru kamu mahu menukar
dengan anak tudung yang baru. Bila kamu pakai anak tudung yang tidak bersih
akan menyebabkan kulit kepala kamu tidak sihat malah rambut juga berbau busuk.
Oleh itu gantikan ia seminggu beberapa kali.
☂ MENYIKAT
RAMBUT
Bertudung tidak bermakna kamu tidak perlu menyikat rambut. Kamu
juga perlu merapikan rambut dahulu sebelum mengikat rambut dan mengenakan
tudung di kepala. Mengikat rambut tanpa menyikat akan membuatkan rambut kamu
yang kusut bergumpal dan lama kelamaat akan mengering dan menjadi kerinting.
☂ GUNTING
RAMBUT BERCABANG
Bila kamu nampak rambut bercabang, luangkan sedikit waktu untuk ke
salon atau mungkin kamu boleh lakukan sendiri memotong rambut hujung yang
bercabang atau berbuah. Jika kamu biarkan rambut itu lama kelamaat ia akan
melarat hingga ke atas dan akhirnya akan merosakkan mahkota kamu sahaja.
☂ CUCI
RAMBUT
Sewaktu mandi, buat urutan pelahan di kawasan kulit kepala dengan
menggunakan syampu. Teknik ini akan membantu kamu membersihkan segala kotoran
yang melekat di kawasan rambut serta memperlancarkan aliran darah di kawasan
kepala. -Remaja
0 comments:
Post a Comment