16 Tahun Rahsia Bunuh Ibu Bapa Terbongkar
Unknown
7:44 PM
No comments
Sepasang suami isteri dari Nottingham, United Kingdom, Susan, 57, dan Christopher Edwards, 57, tergamak membunuh kedua ibu bapa Susan dan perbuatan kejam mereka selama 16 tahun telah tersimpan rapi tanpa pengetahuan sesiapa pun.
Ibu bapa Susan, William dan Patricia Wycherley telah dibunuh oleh pasangan tersebut dengan menembak kedua-duanya di bahagian dahi pada 1998 dan kemudiannya mayat mereka telah ditanam Susan dan Christopher di laman belakang rumah mereka yang dihias sebagai tapak tanaman di kediaman mereka.
Selepas perbuatan mereka terbongkar, Susan telah mengubah cerita dengan mengatakan dia membunuh ibunya kerana ibunya disyaki menjalinkan hubungan terlarang dengan suaminya, sementara bapanya pula dibunuh kerana pernah menderanya ketika Susan masih kecil.
Namun, pihak pendakwaan berpendapat mereka memberikan keterangan yang salah untuk melepaskan diri daripada kesalahan membunuh kerana segala bukti yang dikumpul menunjukkan sebaliknya.
Selama 15 tahun, pasangan pembunuh itu memberi tanggapan kepada ahli keluarga, sahabat serta jiran ibu bapanya bahawa mereka masih hidup dan kini sedang menjalani usia tua di Ireland.
Perbuatan mereka disyaki kerana ingin mengaut wang pencen mangsa kerana hidup kedua-dua suspek sebelum ini sering dibebani dengan masalah hutang. -mynewshub
Menu :
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Sekadar Gambar Hiasan SUDAH hampir setahun suaminya berkhidmat di sebuah negara di kutub utara. Tinggallah Zamira (bukan nama sebenar) ...
-
Seorang wanita cantik dari Filipina dengan beraninya membuat keputusan untuk memuat naik sebuah video yang bertujuan untuk bertemu kem...
-
“Saloma adik kandung saya jadi saya lebih kenal siapa Solama bersama sejarah hidupnya,” begitulah kata seniwati Mariani Ismail, 81, dalam...
-
Kisah ini pula Raden peroleh daripada teman yang bertugas sebagai peguam. Dalam banyak-banyak kes yang Hisham kendalikan, terdapat satu k...
-
SAYA suami berusia 29 tahun dan ada anak lelaki berusia setahun. Adik ipar saya yang berusia 19 tahun tinggal bersama untuk membantu men...
0 comments:
Post a Comment