Responsive Banner design
Home » » Katie Price Bekas Modal Menasihati Kate Middleton Supaya Berpakai Sopan

Katie Price Bekas Modal Menasihati Kate Middleton Supaya Berpakai Sopan

 
 
Britain – Bekas model glamor, Katie Price telah menasihatkan Kate Middleton supaya memakai gaun labuh di khalayak ramai bagi mengelakkan Duchess of Cambridge itu mendapat malu.
Ia susulan gambar yang disiarkan oleh sebuah akhbar Jerman, Bild yang menyiarkan gambar punggung Kate selepas skirtnya terselak akibat ditiup angin.

kate-middleton-

“Satu-satu cara beliau boleh menjamin bahawa kejadian sama tidak berulang ialah dengan memakai pakaian yang labuh. “Kate berkahwin dengan bakal raja Britain dan merupakan salah seorang wanita yang sering menjadi tumpuan paparazzi di dunia. “Paparazzi akan cuba mengambil gambar yang boleh dijual,’’ katanya dalam blog mingguan yang diterbitkan Now Magazine.

Penyiaran gambar Kate itu mendapat liputan meluas, dengan pelbagai reaksi diterima.
Ada yang mengkritiknya kerana ia menjatuhkan maruah Kate manakala yang menyokong pula menyifatkan tiada salah gambar itu disiarkan memandangkan Kate sendiri tidak peduli untuk menjaga dirinya.






0 comments:

Post a Comment

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates