Responsive Banner design
Home » » Bercinta Dengan Orang Lebih Tua

Bercinta Dengan Orang Lebih Tua

Foto

Kyle Jones baru berusia 31 dan sepatutnya dia tidak menghadapi masalah berpacaran dengan gadis muda. Namun, Jones mempunyai selera sendiri. Dia memilih seorang nenek berusia 91 tahun ketika usia ibunya sendiri baru 50 tahun.

Keanehan cita rasa Jones itu segera mengundang tanda tanya ramai, malah dia turut mendapat gelaran ‘pucuk muda’ sebelum ini kerana beberapa kali menjadi kekasih kepada wanita warga emas.

Sepanjang tempoh lima tahun lalu pemuda dari Florida berkenaan menjadi buah hati Marjorie McCool, 91, dan mereka mendakwa tidak boleh berenggang antara satu sama lain. Mereka juga mendakwa melalui kehidupan seks yang aktif.

Kata Jones, otak manusia berfungsi secara berbeza antara seseorang. Justeru, katanya, ada lelaki yang menggemari wanita berambut perang, manakala sebahagian lagi suka kepada warna rambut hitam.

“Saya menggemari wanita tua dan meluat melihat wanita yang mendapatkan kecantikan melalui pembedahan plastik,” katanya. Untuk mencari pacar, Jones menggunakan kemudahan laman sesawang dan menghubungi wanita berusia antara 60 hingga 80 tahun.

“Apabila saya mula bercakap dengan wanita begitu, reaksi pertama mereka ialah terkejut kerana usia saya terlalu muda,” katanya. Namun, kata Jones, dia akan cuba meyakinkan wanita terbabit bahawa perbezaan usia akan menjadikan hubungan mereka sesuatu yang menyeronokkan.

Jones bertemu Marjorie kali pertama pada 2009. Ketika itu Marjorie yang membujang selama 37 tahun bekerja di sebuah kedai buku. Jones kemudian bertemu dengannya dan meminta nombor telefon. Sejak itu Marjorie bersetuju keluar bersama Jones.

Kata ibu kepada enam anak itu, pada awalnya dia cemburu kerana Jones mempunyai hubungan dengan perempuan lain. “Namun, dia sering kembali kepada saya dan berkata saya adalah yang terbaik,” katanya.



0 comments:

Post a Comment

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates