Gambar Google
New York: Pelakon Gwyneth
Paltrow sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia mengeluarkan kenyataan
bahawa dia percaya air memiliki perasaan tersendiri.
Aktres berusia 41 yang
baru-baru ini berpisah dengan suaminya, Chris Martin, diketahui menyokong hasil
kerja seorang doktor Jepun, Masuru Emoto yang pernah menerbitkan beberapa buku
mengenai teori bahawa kesedaran manusia boleh mengubah struktur air.
Gwyneth menulis di dalam blognya: “Saya sudah lama menyimpan buku Dr Emoto yang menjelaskan mengenai perubahan struktur air, bagaimana molekul bertindak secara berbeza menurut perkataan atau muzik yang ada di sekelilingnya.”

Menurut Gwyneth, dia
mengagumi perkembangan sains di sebalik perubahan tenaga serta molekul air yang
dipengaruhi apa yang ada di persekitarannya. Emoto - seorang ahli perniagaan -
dikritik pelbagai pihak kerana memperkenalkan teori mengenai air yang
bercanggah dengan asas fizik. Minggu lalu Gwyneth dikecam kerana membuat
kenyataan menyamakan amalan membuli di Internet dengan medan perang. -
Agensi
0 comments:
Post a Comment