Dua produk coklat Cadbury iaitu
Cadbury Dairy Milk Roast Almond dan Cadbury Dairy Milk Hazelnut disahkan tidak
mempunyai DNA babi, dan halal dimakan.
Menteri di Jabatan
Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, keputusan itu diperolehi
selepas analisa yang dilakukan Jabatan Kimia di Petaling Jaya, Selangor iaitu
makmal yang diakreditasi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mengesan
DNA babi.
"Kedua-dua produk yang dianalisa
ini adalah daripada kelompok yang sama dan diambil terus dari kilang
pengeluaran produk di Seksyen 16, Shah Alam, Selangor.
"Berdasarkan keputusan analisa di makmal Jabatan Kimia yang diterima pagi ini iaitu coklat Cadbury Dairy Milk Hazelnut kelompok 200813 MH1H12 dan kelompok 200813 MH01H12 dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan kelompok 221013N1R11 tidak mempunyai DNA babi," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Jamil berkata, pemeriksaan menyeluruh akan dibuat semula ke atas seluruh rantaian pengeluaran produk Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd merangkumi bahan mentah, aliran pemprosesan, penyimpanan dan peralatan bagi memastikan syarikat benar-benar mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.
Sebarang pertanyaan berhubung isu halal boleh menghubungi pegawai Hub Halal JAKIM di talian 03-88925048 (Nadia Zammil Md Nasir), 03-88925078 (Najibah Abdul Mutalib), 03-88925032 (Mazlina) dan 03-88925031 (Fakaruddin). -myMetro
0 comments:
Post a Comment