KAJIAN daripada Institut Karolinska di Stockholm, Sweden mendapati
pengambilan daging proses seperti sosej dan burger akan meningkatkan
masalah kegagalan jantung. Ini kerana daging proses mengandungi banyak bahan pengawet nitrat yang berbahaya kepada kesihatan.
Kajian yang dimuatkan dalam jurnal Circulation: Heart Failure itu
melibatkan ujian ke atas 37,035 lelaki berumur dalam lingkungan 45
hingga 79 tahun. Hasil kajian tersebut mendapati, seramai 2,891 orang mengalami
kegagalan jantung dengan 266 orang meninggal akibat masalah tersebut. Lelaki yang mengambil daging proses kira-kira 75 gram atau lebih pada
setiap hari berisiko sebanyak 28 peratus untuk terkena serangan
tersebut. Manakala mereka yang gemar mengambil makanan tersebut tanpa
mengira waktu berisiko dua kali ganda. -kosmo
0 comments:
Post a Comment