Semalam, pengacara Melodi, Zizan Razak telah membuat pengumuman
mengejutkan apabila menyatakan dia bakal berundur daripada mengemudi
program gosip popular tersebut. Sejak itu, ramai mula membuat telahan dan andaian siapakah yang bakal menggalas tugas Zizan selepas ini.
Awal Ashaari yang merupakan pengacara bersama Melodi masih lagi kekal
bersama program yang banyak mengupas cerita-cerita hangat para
selebriti tempatan itu. Antara nama yang disebut-sebut bakal mengantikan tempat Zizan ialah
pelakon dan pengacara wanita, Zulin Aziz dan Sherry Al-Hadad. Kalau anda perasan sebelum ini pun mereka sudah beberapa kali muncul menjadi pengacara jemputan bersama-sama Awal. Mungkin ketika itu pihak produksi mahu melihat dan menguji sejauh
mana keserasian mereka bertiga dalam mengendalikan program kot. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat sahaja siaran Melodi minggu ini, mana tahu betul tekaan semua pihak. Kalau begitu, memang makin murah rezeki Zulin dan Sherry yang sejak
kebelakangan ini semakin dikenali peminat hiburan tanah air dengan bakat
lawak dan lakonan mereka yang serba bersahaja. – MYNEWSHUB.MY
0 comments:
Post a Comment