Tindakan mulia seorang wanita dari Kanada berusia 25 tahun, Emma
Czornobaj menghentikan kenderaannya di atas jalan raya bagi
menyelamatkan beberapa anak itik mungkin membawa padah kepadanya. Emma didapati bersalah di atas kesalahan yang dilakukannya empat
tahun lalu itu dan berkemungkinan besar bakal dipenjarakan seumur hidup.
Ini kerana tindakan melulunya itu telah membawa kepada kematian
tragik dua beranak yang menunggang motosikal iaitu Andre Roy, 50, dan
Jessie, 16, yang mengekori belakang keretanya sebelum Emma bertindak
menghentikan kenderaan miliknya secara melulu di tempat kejadian.
Namun pihak pembelaan merayu kepada mahkamah agar mengurangkan
hukuman terhadap Emma kerana tindakannya berhenti secara melulu adalah
disebabkan rasa kasih dan prihatinnya terhadap binatang. Selain itu, pihak pembelaan juga mengatakan sekiranya Andre memandu
dengan kelajuan yang ditetapkan, pasti tidak berlaku kematian kerana
dipercayai si mati memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan di
sana.
Pengajaran yang boleh diambil daripada kejadian ini adalah sentiasa
berhati-hati di jalan raya dan mengambil kira segala aspek keselamatan
sebelum bertindak menjadi ‘hero’ yang akhirnya membawa kepada kematian orang lain. – MYNEWSHUB.MY
0 comments:
Post a Comment