LOS ANGELES – Katie Clearly tidak begitu terkenal meskipun dia pernah memasuki pertandingan “America’s Next Top Model”. Namun namanya menjadi sebutan selepas suaminya membunuh diri, hanya
beberapa minggu selepas dia dirakamkan bersama aktor Leonardo DiCaprio
dan Adrian Grenier. Suaminya, Andrew Stern, 40, ditemui mati akibat tembakan di kepala.
Lelaki itu sebelum ini dilaporkan tertekan kerana berdepan dengan masalah rumah tangga dan kewangan. Sementara Clearly, 32, dilihat berparti dengan DiCaprio, bulan lepas di sebuah kelab malam di Cannes. Mereka berdua dilihat dalam keadaan intim dan saling berbisik sewaktu
sedang menari ketika berada di Cannes. Selain itu Clearly juga dilihat
keluar dengan Grenier.
Bagaimanapun laman portal TMZ menyatakan bahawa pergaulan Cleary
dengan DiCaprio serta Grenier itu bukan punca suaminya membunuh diri
sebaliknya kedua-duanya sudah berpisah sejak sembilan bulan lalu. Stern juga memfailkan cerai pada bulan April lalu. mynewshub
0 comments:
Post a Comment