ANGELINA JOLIE telah mengharumkan namanya bukan sahaja sebagai seorang aktres, tetapi sebagai aktivis yang aktif membela nasib terutama golongan kanak-kanak dan orang miskin.
KALI terakhir Angelina Jolie, 39, muncul di layar perak ialah menerusi filem The Tourist kira-kira empat tahun lalu.
KALI terakhir Angelina Jolie, 39, muncul di layar perak ialah menerusi filem The Tourist kira-kira empat tahun lalu.
Pada tahun yang sama, Angelina yang turut meminjamkan suaranya untuk filem animasi Kung Fu Panda turut bermandi keringat, lumpur dan darah menerusi filem aksi-ngeri berjudul Salt.
Seringkali menyogok peminatnya dengan naskhah berbentuk aksi yang berat, Angelina sekali lagi mengejutkan khalayak umum apabila dia bersetuju untuk memegang watak antagonis menerusi filem terbitan Disney Studios, Maleficent.
Menerusi wawancara yang dilakukan oleh Maggie Bullock untuk majalah Elle, aktres yang cukup sinonim dengan watak pengintip bernama Lara Croft itu mengakui, dia telah 'jatuh cinta' dan suka dengan watak ahli sihir itu sewaktu mula-mula menonton filem animasi Sleeping Beauty sewaktu zaman kanak-kanaknya.
"Walaupun watak Maleficent itu sungguh menakutkan, namun, saya sangat suka padanya. Mungkin juga saya suka untuk membencinya. Saya pun tidak tahu sebab utama mengapa saya menyukai watak itu," ulas Angelina.
Ketika menerima tawaran untuk melakonkan watak tersebut, Angelina mengaku ada membuat perbincangan dengan pihak Disney Studios mengenai kesesuaiannya dengan penonton yang bakal menyaksikan filem itu kelak.
"Ya, kami ada bercakap tentang perkara itu. Antara soalan yang saya tanyakan; bagaimanakah anda mahu membuat filem untuk tontonan kanak-kanak tetapi melibatkan seorang bayi perempuan yang bakal disumpah?" ujarnya sambil tertawa.
Jadi Maleficent
Bagi penggemar aktres serba boleh ini, filem Maleficent banyak menampilkan sisi berbeza Angelina dalam membawakan watak antagonis. Dari segi nada suara, mimik muka dan pembawakan karakter, pelakon yang pernah popular dengan naskhah Mr. & Mrs Smith ini tampil berbeza dengan jalur filem yang pernah dilakonkan sebelum ini.
Tutur Angelina, walaupun watak Maleficent nampak mudah, persediaan yang dilakukannya sama banyak dengan filem aksi yang melibatkan seni mempertahankan diri serta permainan senjata api.
"Agak sukar untuk mendapatkan ritma suara seperti itu. Ia seperti seseorang menumbuk kamu di bahagian perut. Pertama kali mengeluarkan suara itu, ia kedengaran sungguh janggal, bukan seperti suara saya," kata Angelina sambil memberitahu, dia mempraktikkan penggunaan suara itu di ketika berada di tepi pantai.
Tambah pelakon ini lagi, suara yang digunakan untuk melakonkan watak Maleficent tidak selalu digunakan dalam mana-mana pembikinan filem moden.
"Jarang sekali pelakon wanita sedia ada berlakon dengan suara yang penuh dan dalam. Sepanjang saya bergelar pelakon, saya sedar bahawa saya tidak pernah berpeluang untuk berlakon dengan nada suara seumpama itu. Mana mungkin saya menggunakan cara percakapan sebegitu di rumah," katanya.
Jangan ikut jejak
Sejujurnya, momen paling dinantikan dalam filem arahan Robert Stromberg ini adalah kemunculan salah seorang anak kembarnya, Vivienne Jolie-Pitt, 8, yang memegang watak sebagai Puteri Aurora kecil.
Pertama kali muncul sebagai pelakon di layar perak, Angelina mempunyai sebab yang tersendiri mengapa dia memilih Vivienne untuk melakonkan watak tersebut.
"Untuk watak Puteri Aurora kecil, pihak produksi memerlukan seorang pelakon kanak-kanak yang tahan lasak serta tidak gentar dengan kostum yang pelik dan menakutkan.
"Disebabkan itu, kami bersepakat memilih Vivienne. Menurut mereka, Vivienne adalah bayang-bayang saya kerana dia langsung tidak menghiraukan sebarang pertukaran emosi di set penggambaran. Jadi, bekerja dengannya kadangkala senang dan kadangkala sukar," beritahu Angelina.
Bagaimanapun, Angelina lebih gemar jika anak-anaknya itu tidak mengikut jejak langkahnya dan Brad sebagai pelakon.
"Saya dan Brad telah bersetuju untuk tidak melarang mereka merasai keseronokan berada di set penggambaran. Kami tidak mengelaskan ianya sebagai perkara baik mahupun buruk.
"Tetapi, kami benar-benar mahukan mereka melakukan sesuatu di luar bidang seni," ujarnya.
Bersara
Selepas membuktikan kehandalan melakonkan watak Maleficent, Angelina bakal kembali ke layar perak bagi menzahirkan karakter ikon Mesir purba terkenal, Ratu Cleopatra.
Begitupun, Angelina memberitahu, dia mungkin akan bersara daripada bidang lakonan selepas dia menjayakan filem biopik tersebut.
"Dia (Cleopatra) merupakan seorang yang rumit. Ia juga sungguh merumitkan untuk mendapatkan yang terbaik daripada watak tersebut. Saya boleh bayangkan persiapan besar yang harus saya lakukan sebelum menjalani penggambaran filem itu nanti.
"Mungkin persediaan yang dilakukan sangat besar sehinggakan saya mahu selesaikan segala-galanya selepas itu. Apa lagi yang anda mahukan setelah berjaya melakonkan watak tersebut?," getus Angelina yang sebelum ini pernah menyatakan kesediaannya untuk berhenti berlakon dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap bidang pengarahan.
Brad Pitt
AKTRES terkenal ini berhasrat untuk berhenti berlakon dan memberi tumpuan kepada bidang pengarahan.
Ketika disoal tentang hubungannya dengan Brad pula, mereka yang telah menjalinkan ikatan pertunangan sejak tahun 2012 gembira dengan perjalanannya hidup setakat ini.AKTRES terkenal ini berhasrat untuk berhenti berlakon dan memberi tumpuan kepada bidang pengarahan.
"Apabila hidup secara berpasangan, kita akan berasa seperti dua individu yang berbeza. Kita turut memberi inspirasi kepada satu dengan lain dan melengkapi hidup masing-masing.
"Selepas bertahun lamanya, kami telah mempunyai sejarah. Apabila kamu mempunyai sejarah dengan seseorang, kamu akan berkawan secara jujur dan selesa," ujar Angelina sambil tersenyum.
Lapan tahun berkongsi hidup bersama, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Shiloh Nouvel Jolie-Pitt, 8, dan pasangan kembar Knox Leon Jolie-Pitt dan Vivienne Marcheline Jolie-Pitt, masing-masing 6 tahun.
Sebelum bertemu dengan Brad, Angelina terlebih dulu memelihara seorang anak angkat bernama Maddox Chivan Jolie-Pitt, 12. Selepas menjalinkan hubungan bersama, mereka kemudiannya mengambil keputusan untuk memelihara Zahara Marley Jolie-Pitt, 9, dan Pax Thien Jolie-Pitt, 10, sebagai pelengkap keluarga besar Jolie-Pitt.
Sumber
0 comments:
Post a Comment