KUALA LUMPUR - Insiden penculikan di Sabah memberi impak negatif terhadap sektor pelancongan, terutamanya kedatangan pelancong dari China berbanding kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sejak, Mac lalu.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata sehingga April lepas, sebanyak 76 penerbangan berjadual dan sewa khas dari China ke Kota Kinabalu telah dibatalkan.
MAS telah membatalkan 10 penerbangan berjadual dari Shanghai-Kota Kinabalu,manakala syarikat penerbangan China, Southern Airlines membatalkan 22 penerbangan berjadual dari Shenzen-Kota Kinabalu, katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
"Penerbangan tambang murah Spring Airlines pula membatalkan 44 penerbangandari Shanghai ke Kota Kinabalu," katanya ketika menjawab soalan tambahan AzminAli (PKR-Gombak) yang ingin tahu sama ada kejadian penculikan di Sabah memberikan impak yang lebih parah kepada industri pelancongan negara berbanding kes kehilangan MH370.
"Saya mengakui apa yang dibangkit oleh Yang Berhormat adalah betul, iaitukes penculikan di Sabah mempunyai impak parah jika dibanding dengan tragedi MH370," katanya.
Mohamed Nazri berkata semua pihak termasuk kerajaan negeri Sabah dan Kementerian Dalam Negeri perlu bekerjasama untuk mengembalikan keyakinan pelancong, terutama pelancong asing, bahawa Sabah sebuah negeri yang selamat untuk dikunjungi.
Semalam, dua lelaki - seorang penjaga pusat ternakan ikan dalam sangkar dan seorang suku kaum Suluk - dilarikan oleh dua lelaki bersenjata di Kampung Sapang, barat Pulau Timbun Mata,Semporna. Ini merupakan kes penculikan ketiga di kawasan pantai timur Sabah tahun ini.
Pada 6 Mei lepas, lima lelaki bersenjata menculik seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China di Pulau Baik di Lahad Datu, sebulan selepas seorang pelancong wanita warga China diculik di sebuah resort di Semporna.
Mohamed Nazri berkata ketibaan pelancong dari China bagi Mac lepas mencatat kadar pertumbuhan negatif iaitu -0.1 peratus atau 168,001 orang berbanding 168,118, tempoh yang sama tahun lepas.
"Mulai April sehingga 2015, jumlah kedatangan pelancong yang dicatatkan mungkin akan berkurangan disebabkan insiden MH370, dengan 30,000 bakal pelancong China membatalkan atau menangguhkan lawatan mereka ke Malaysia," katanya.
Bagi mengimbangi kekurangan pelancong China ke negara ini, Mohamed Nazriberkata kementerian telah menggariskan strategi jangka pendek melalui Tourism Malaysia dengan mempertingkatkan promosi di pasaran jarak sederhana.
"Kementerian telah meningkat kempen di negara-negara seperti Thailand, Singapura, Indonesia, Brunei, Filipina, India, Bangladesh, Kuwait, Oman, Qatar, Australia dan New Zealand," katanya.
Katanya, selain itu sebuah jawatankuasa pengurusan krisis telah ditubuhkan oleh Tourism Malaysia untuk menangani pasaran pelancongan China selain berinteraksi secara aktif dengan pengusaha industri untuk mengembalikan keyakinan pelancong China ke Malaysia. - Bernama

0 comments:
Post a Comment