TOKYO - Polis Jepun
menahan seorang lelaki selepas rangka manusia dipercayai anak lelakinya yang
berusia lima tahun ditemui di dalam sebuah apartmen bertahun-tahun selepas
mangsa meninggal dunia, menurut beberapa laporan semalam.
Menurut laporan pihak
berkuasa, polis menahan pemandu trak, Yukihiro Saito kerana didakwa tidak
memberi anaknya, Riku makan sehingga mangsa mati kebuluran pada penghujung 2006
hingga awal 2007.
"Rangka mangsa
itu ditemui di dalam sebuah apartmen yang dipenuhi sampah sarap di bandar
Atsugi, dalam wilayah Kanagawa, barat daya bandar raya ini pada Jumaat
lalu," kata polis.
Penemuan itu dibuat
selepas sebuah pusat kebajikan tempatan membuat laporan polis pada Mei lalu
selepas Riku tidak hadir ke sebuah sekolah menengah rendah yang tercatat
namanya pada tahun ini.
Saito pernah tinggal
di apartmen itu bersama isteri dan anak lelakinya tetapi wanita tersebut
dilaporkan meninggalkan mereka pada 2005.
Dia kemudian mula
mengabaikan anak lelakinya. Saito menemui Riko dalam keadaan tidak bernyawa
apabila dia pulang ke rumah pada suatu hari.
"Dia kemudian
melarikan diri kerana takut," kata polis.
Menurut polis,
pemandu trak itu masih membayar sewa apartmen berkenaan walaupun dia telah
berpindah ke tempat lain.
Rangka anak lelakinya
itu ditinggalkan di dalam apartmen tersebut sejak lebih tujuh tahun lalu.
Mangsa pada tahun ini
berusia 13 tahun. - AFP
0 comments:
Post a Comment