Kingsdale, Afrika Selatan: Seorang lelaki menyaman pasangannya kerana
‘melanggar kontrak cinta’ mereka selepas wanita terbabit menghalau mentuanya
keluar dari rumah sehingga memaksa mereka mencari rumah lain.
Mark
Lenoury kini menetap di rumah yang menjadi pertikaian dengan isterinya di Jalan
Waterlea, Kingsdale.
Turut tinggal di situ, seorang anak lelaki mereka yang berusia empat tahun.
Lenoury bekerja sebagai kontraktor AS di Sudan dan Djibouti.
Lenoury menegaskan dia
layak duduk di rumah berkenaan kerana turut membantu membiayai
pengubahsuaiannya. Dia juga mendakwa menanggung nafkah pasangannya itu, Vanessa
van Vuuren.
“Perkara yang menyakitkan hati, saya dilayan dengan tidak adil selepas
melaksanakan pengubahsuaian lebih dari AS$30,000 (RM96,000) ke atas rumah itu.
Saya tidak akan berganjak keluar kami rumah berkenaan tanpa perintah mahkamah,”
katanya. Berdasarkan perjanjian dibuat antara pasangan itu, Vanessa dilarang
menghadiri sebarang majlis atau parti, menggunakan Internet, menghubungi
keluarga atau menjemput rakan ke rumah, dan meninggalkan tempat tinggal
pasangan itu tanpa kebenaran terlebih dulu daripada Lenoury.
Ketika diwawancara oleh akhbar semalam, dengan penuh emosi, Vanessa memberitahu
sebab dia menandatangani kontrak berkenaan.
“Lenoury
berkata kepada saya jika sesuatu terjadi kepada bayi kami dan saya tidak menandatangani
kontrak itu, dia akan membunuh saya.
“Bukan itu saja. Apabila Lenoury meninggalkan rumah dia akan mengurung kami
berdua di dalam rumah. Dia menjadikan saya seperti banduan. Bila saya bertanya
bagaimana jika terjadi sesuatu seperti kebakaran, dia hanya menjawab kamu akan
selamat,” katanya.
Vanessa
turut memberitahu ketika dia hidup bersama dia dilarang berjumpa dengan ibu dan
rakannya.
“Semasa kami tinggal di Harare, ibu saya datang menjenguk. Lenoury menghalaunya
dan mengatakan tidak cukup katil untuk orang tambahan di rumah ini,” katanya. -
Agensi
0 comments:
Post a Comment