MANILA - FILIPINA. Pengganas yang disenaraikan oleh Amerika Syarikat (AS) sebagai individu paling dikehendaki Khair Mundos ditahan di ibu negara Filipina, semalam.

AS sebelum ini pernah menawarkan ganjaran setengah juta dolar bagi menangkap anggota militan berkenaan selepas diburu beberapa tahun.

Jabatan Negara AS dalam satu kenyataan menyifatkan Khair adalah pemimpin utama dan pembiaya kumpulan pelampau Abu Sayyaf.

“Kumpulan itu bertanggungjawab terhadap insiden pengeboman dan penculikan beramai-ramai,” menurut laporan itu kepada APF.

Pada 2004, Khair pernah ditahan di selatan Filipina namun dapat meloloskan diri pada 2007.

Maklumat lanjut penangkapan beliau bagaimanapun tidak didedahkan kepada media. -Sinar